Khamis, 30 Julai 2009

SAH DIA TELAH PERGI...



Pemain Arsenal Kolo Toure menyertai Manchester City pagi ini dengan kontrak empat tahun bagi menguatkan pertahanan kelab Liga Perdana England (EPL) yang berbelanja besar itu.

Pemain pertahanan Ivory Coast itu menyertai City dengan bayaran perpindahan 14 juta pound (RM41 juta) selepas tujuh tahun bersama Gunners.

Penghijrahan Toure bermakna berakhirnya era pemain skuad `invincibles’ Arsenal yang mencatat rekod tanpa kalah 49 perlawanan dalam EPL musim 2003-04. Kepada Arsenal Fan Club Malaysia anda jangan kecewa....sebagai pengganti mungkin Wenger akan membeli pemain pertahanan kental dari Malaysia sebagai penganti ha ha ha ha...lawak jer..

PLANET OF THE APE PART 7












Sabtu, 25 Julai 2009

BILA KENA MACAM TU… BOLEHKAH AKU JAWAB MACAM NI?

Bila disuruh solat
Kejap lagi ye…. Eh… alamak dah habis waktu.. boleh buat jama’ tak?

Bila Allah suruh pergi haji
I sebok la…. Lagipun tahun ni I dah rancang nak pi Perancis… tahun depan pi Mexico. Tak lari punya Kaabah tu… nanti I pi la.

Bila Allah suruh puasa
I ada penyakit ….. kalau puasa perut I sakit nanti macamana? Kan ke dalam Islam tu jaga nyawa lagi penting….

Bila Allah suruh tutup aurat..
Ala…. Iman kat hati… bukan kat pakaian… yang penting I tak hipokrit…. Orang yang tutup aurat pun bukannya baik sangat.

Bila Allah suruh laksanakan hukumNya..
Kita tak boleh ekstrem sangat. Nak dakwah biar berhikmah…. Hukum Allah tu keras sangat.. nanti orang kafir takut.

Bila Allah larang main judi…
Tak pa… sekali sekala…. nanti kalau kena aku pi la mekah… buat masjid.. derma kat anak yatim.

Bila Allah larang kerja maksiat…
Inilah rezeki kami…. Dah tak dak kerja lain dah yang kami boleh buat. Kami pun ada anak… kalau tak kerja macam ni anak kami nak makan apa…

Bila kena tangkap khalwat….
Eh Encik…. Dia ni tunang saya… minggu depan kami nikah... takkan salah kot. Lagipun kami bukan buat apa-apa… saya tumpang buang air je kat dalam bilik hotel ni…

Bila tak keje… dok kat rumah je.
Aku bukan tak mau kerja…. Kalau aku kerja… sapa nak bagi makan kucing kat rumah.. sapa nak siram pokok kelapa, pokok pisang dan pokok sena kat depan rumah aku.

Bila tak sembahyang subuh….
La… tak sedaq… tengok-tengok dah pukul 8. Malam tadi tidoq lambat…. Pi dengaq ceramah agama.

*Manusia ni memang banyak alasannya. Alasan selalunya akan membawa kepada perkara-perkara yang lebih negatif seperti ditambah sifat lupa… ditambah sifat malas.. sifat leka dan sebagainya. Sebab tu kalau ada suruhan… jangan bagi alasan…. Tapi carilah jalan untuk melaksanakannya walaupun sebelum ini kita mengingkarinya.

*Kandungan artikel ini tidak berniat untuk menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membacanya. Sekadar muhasabah diri untuk kebaikan kita bersama. Wallahu'alam...

Rabu, 22 Julai 2009

ajaib mathematik

Beauty of Math!
x
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Selasa, 21 Julai 2009

drawing

video

Gerhana matahari separa di Malaysia esok



KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA-mSTAR Online

"YANG PENTING KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH , MESTI INGAT AKAN KEBESARAN ILAHI TENTANG KEJADIAN YANG MAHA HEBAT INI,OLEH ITU PERTINGKATKAN DIRI KITA DENGAN KECINTAAN YANG LEBIH KEPADANYA,DAN KALAU ADA MASA TERLUANG MOHON DOA SELEPAS SELESAI KITA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA..."
WALLAHUALAM...

Selasa, 14 Julai 2009

Sah Pas menang di Manik Urai

14 Julai 2009Keputusan Rasmi Pilihanraya DUN N41 Manek Urai

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 117
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
JUMLAH SALURAN KESELURUHAN
27
MASA : 8.29 PM (rasmi)



Sah calun Pas Mohd Fouzi Abdullah menang dengan majoriti 65 undi. Taniah diatas kemenangan ini,walaupun majoriti berkurangan.Pas mendapat 5348 undi manakala Bn memperolehi 5283 undi.
0 ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular