Isnin, 31 Ogos 2009

Rawatan Tidak Membatalkan Puasa


oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Antara isu biasa yang timbul setiap kali Ramadhan ialah keengganan sesetengah pesakit mendapatkan rawatan kerana bimbang ia boleh membatalkan puasa.

Ada juga yang bertindak sebaliknya dengan menjadikan penerimaan rawatan sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Malah, ada pesakit berasakan mereka perlu membatalkan puasa apabila menerima rawatan. Bahkan di kalangan doktor, masih ada yang tidak pasti sama ada rawatan yang mahu diberi kepada pesakit boleh membatalkan puasa atau sebaliknya.



Sebenarnya Islam memberi kelonggaran untuk berbuka jika dengan berpuasa boleh mendatangkan mudarat atau memburukkan kesihatan pesakit. Tidak kira apa penyakit dihidapi, namun jika ia terkawal, individu berkenaan diwajibkan berpuasa.

Namun kumpulan ini, contohnya pesakit buah pinggang (yang perlu jalani dialisis), kencing manis dan asma yang teruk, diharuskan atau diwajibkan berbuka jika tahap kesihatan mereka merosot secara mendadak sehingga mengalami komplikasi teruk akibat tidak makan.

Kumpulan pesakit yang dikecualikan berpuasa ialah :

* Leukimia
* Kanser usus
* Kanser paru-paru
* Aids yang serius
* Meninggitis (jangkitan selaput otak)
* Pneumonia (jangkitan paru-paru)
* Jangkitan salur kencing
* Septisemia (pemusnahan tisu akibat kesan toksik bakteria dalam darah.
* Pesakit yang alami kerosakan buah pinggang (perlu dialisis)
* Asma yang teruk

Pun begitu, masih banyak isu menjadi persoalan pesakit, sama ada rawatan bakal diharuskan ketika berpuasa atau boleh membatalkan ibadat mereka. Antara persoalan ini ialah :

# Suntikan vitamin dan glukos
# Penggunaan ubat penyedut atau semburan bagi melegakan gejala asma
# Penggunaan oksigen
# Rawatan gigi
# Pemeriksaan dan rawatan mata serta telinga
# Pengambilan darah
# Pembedahan kecil

Isu bimbang mendapat rawatan ketika berpuasa tidak hanya berlaku di Malaysia, tetapi membabitkan semua umat Islam di seluruh dunia.

Kaedah Rawatan

Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Kaedah berkenaan ialah:

* Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga dan membasuh telinga (selagi ia tidak ditelan)

* Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada atau angin atau lain-lain penyakit dengan syarat ia tidak ditelan

* Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan seperti alat mencegah kehamilan, supositori (penyediaan ubat dalam bentuk pepejal untuk dimasukkan dalam ruang tubuh), douching (semburan air untuk mencuci mana-mana bahagian tubuh) dan skop

* Memasukkan sesuatu alat ke dalam salur kencing dan pundi kencing seperti ureteroskop dan radio-legap (bahan mengandungi iodin sebagai saluran untuk memberi warna kontras dan legap apabila menjalani radiografi yang menggunakan sinar-X) untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan

* Memasukkan sesuatu alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti supositori, radio-legap dan cecair bagi membersihkan usus

* Rawatan gigi seperti mencabut, menampal dan pembersihan gigi dengan tidak menelan apa-apa

* Berkumur-kumur atau menyembur ubat semburan ke dalam mulut tanpa menelan apa-apa

* Pemberian suntikan ubatan ke dalam salur darah (intravena) atau melalui kulit, sama ada di bawah kulit (subkutaneus) dan dalam otot (intra-maskular). Ini termasuk suntikan insulin bagi pesakit kencing manis

* Pengambilan oksigen. Ini kerana udara yang kita sedut juga adalah oksigen

* Pemberian bius (seluruh badan)

* Semua jenis ubat yang meresap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapu

* Memasukkan tiub dan radio-legap bagi tujuan angiogram (pemeriksaan pembuluh darah melalui sinar-X. Ia untuk melihat masalah salur darah tersumbat, biasanya bagi pesakit jantung. Untuk tujuan ini satu pewarna yang legap kepada sinar-X disuntik ke dalam salur darah untuk melihat imej salur darah)

* Memasukkan skop melalui badan bagi tujuan pembedahan dan rawatan seperti laparoskopi

* Biopsi hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair ke dalamnya

* Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroskop (memasukkan alat skop ke dalam ruang perut) dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut melalui alat itu

* Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke saraf tunjang untuk tujuan pemeriksaan atau rawatan

* Menggunakan pam pelega (mengandungi semburan ubat) bagi pesakit asma, sama ada pam inhaler atau nebulizer. Penggunaan pam ini tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu adalah gas dan untuk tujuan rawatan

Bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak sedarkan diri ketika berpuasa (akibat kesan bius seluruh badan) ada dua keadaan. Berdasarkan Mazhab Shafie dan Hambali, jika seseorang itu pengsan dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dia dikira tidak berpuasa. Namun puasa seseorang itu masih sah jika dia hanya tidak sedarkan diri separuh hari.

Masalah gusi berdarah, hidung berdarah atau selesema pula dikategorikan sebagai masalah yang tidak dapat dielakkan dan ia dimaafkan. Puasa seseorang itu masih sah tetapi perlu memastikan darah diludah atau menghembus hingus. Berhati-hati jangan sampai tertelan kerana ia boleh membatalkan puasa.

Pun begitu, suntikan vitamin dan glukos membatalkan puasa kerana memasukkan makanan ke dalam badan. Vitamin adalah makanan tambahan, manakala glukos pula ialah gula ringkas yang boleh mengembalikan tenaga.

Bagi yang memerlukan rawatan sepanjang Ramadhan ini, usah menangguhkannya kerana dikhuatiri penyakit bertambah teruk.

Berpuasalah selagi terdaya kerana secara kajian sudah membuktikan ibadat ini boleh memperbaiki tahap kesihatan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,

setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua

memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

WALLAHUALAM




Rabu, 26 Ogos 2009

Mr Bean

Adab Adab berbuka Puasa


Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Drmaza...

Isnin, 24 Ogos 2009

JIMAK DIBULAN PUASA SELEPAS MEMBATALKAN PUASA




Soalan;


Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.

Jawapan;

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).



Ahad, 23 Ogos 2009

BESAR NYA PAHALA DALAM BULAN RAMADHAN

Amalan yang sangat besar pahalanya pada bulan puasa
Menurut Ali bin Abu Thalib RA, yang pernah bertanya pada Rasulullah saw tentang ibadah salat tarawih di bulan puasa, Allah menjanjikan..

Malam Yang :

1. Allah menghapuskan dosa Anda, seperti Anda baru lahir dari perut sang ibu.
2. Allah menghapuskan dosa Anda dan dosa kedua orang tua Anda, bila mereka mukmin.
3. Malaikat dari Arsy mohon kepada Allah agar diterima ibadah Anda, serta dihapuskan dosa-dosa Anda yang telah lewat.
4. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang-orang yang telah membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran.
5. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang yang menjalankan salat di Masjidil Haram Mekah, Masjid Nabawi Madinah, serta Masjidil Aqsa Jerussalem.
6. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala mereka yang tawaf di Baitulmakmur. Serta seluruh batu dan batu pada bangunan itu memintakan atas dosa-dosa Anda.
7. Diberikan pahala kepada Anda seperti pahala orang yang ikut Nabi Musa AS melawan Fir’aun dan Haman.
8. Diberikan pahala kepada Anda seperti yang Allah berikan pahala kepada Nabi Ibrahim AS.
9. Akan diberikan pahala kepada Anda sesuai dengan ibadah seorang nabi.
10. Allah akan memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
11. Akan dihapuskan dosa Anda bila Anda meninggal, seperti Anda baru keluar dari perut ibu.
12. Pada hari kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang sperti bulan.

13. Pada hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.
14. Para malaikat memberi kesaksian salat tarawih Anda, dan Allah tidak menghisab Anda lagi.
15. Anda akan menerima salawat dari parta malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.
16. Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, Anda bebas masuk surga, dan lepas dari api neraka.
17. Allah akan memberi pahala kepada Anda sesuai pahal kepada nabi.
18. Malaikat akan memohon kepada Allah agar Anda and orangtua Anda selalu mendapat erstu.
19. Allah akan mengangkat derajat Anda ke Firdaus (surga yang tinggi).
20. Diberikan pahala kepada Anda sesuai pahala para suhada dan salihin.
21. Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk Anda di surga.
22. Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.
23. Allah akan membuatkan sebuah kota untuk Anda di surga.
24. Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.
25. Anda akan bebas dari siksa kubur.
26. Allah akan mengangkat derajat amal kebaikan Anda sebagaimana derajat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.
27. Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustaqim nanti.
28. Akan dinaikan derajat Anda 1000 kali oleh Allah di dalam surga kelak.
29. Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1000 kali yang diterima Allah (haji mabrur).
30. Allah menyuruh Anda untuk memakan semua buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabil (air surga). Karena Allah tuhan Anda, dan Anda hamba yang setia.

Sabtu, 22 Ogos 2009

HADITH-HADITH SEKITAR PUASA


HADITH-HADITH TENTANG PUASA
‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين
Hadis
Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793
‏عن ‏ ‏سهل بن سعد ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Hadis
Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1952

Hadis
Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1936
‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏ ‏ما صام رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏شهرا كاملا قط غير رمضان وكان يصوم إذا صام حتى يقول القائل لا والله لا يفطر ويفطر إذا أفطر حتى يقول القائل لا والله لا يصوم
Hadis
Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja

Jumaat, 21 Ogos 2009

TAZKIRAH RAMADHAN



RAMADHAN AL MUBARAK

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang istimewa berbanding bulan-bulan lain sepanjang tahun. Sepanjang bulan ini umat Islam semuanya berpuasa kerana ia adalah kewajipan keatas setiap orang Islam yang telah cukup syarat-syarat wajib berpuasa. Ia adalah satu daripada rukun Islam yang lima. Para sahabat Rasulullah SAW apabila tiba Ramadhan mereka sangat gembira. Wajah mereka ceria menanti Ramadhan. Ini adalah kerana mereka amat memahami kemuliaan Ramadhan.

Natijah kemuliaan Ramadhan ialah taqwa. Taqwa adalah keperluan setiap orang Islam. Taqwa adalah bekalan yang sangat penting bagi setiap muslim itu untuk taat kepada Allah SWT. Walaupun ilmu itu sangat penting, tetapi tanpa taqwa seseorang muslim yang berilmu itu akan gagal mentaati Allah SWT secara sempurna. Secara ringkasnya taqwa adalah rasa takut kepada Allah SWT yang tertanam kukuh dalam hati. Taqwa adalah anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang terpilih. Oleh itu kita sangat mengharapkan Allah SWT memilih kita sebagai hambaNya yang bertaqwa.

Madrasah Ramadhan adalah satu sistem tarbiyyah yang lengkap serta sempurna kearah melahirkan graduan yang bertaqwa. Marilah kita menghayati secara ringkas kehebatan madrasah Ramadhan dalam mentarbiyyah umat Islam secara lengkap dan sempurna. Diantara tarbiyyah yang dimaksudkan ialah :

1. Bermulanya puasa Ramadhan dengan melihat anak bulan. Bagi insan yang meyakini Rububiyyah Allah SWT, perintah melihat anak bulan adalah petanda yang jelas bahawa setiap orang Islam sebelum berpuasa Ramadhan mestilah menyedari dirinya adalah makhluk yang sangat kerdil dibandingkan dengan alam cakrawala ciptaan Allah SWT. Menyedari betapa kerdilnya kita disisi Allah SWT adalah asas penting menuju taqwa. Terputusnya hubungan hati yang sangat asas ini adalah benteng yang menghalang kita untuk takut dan mentaati Allah SWT. Menyedari diri kita adalah didalam genggaman kekuasaan Allah SWT sudah cukup sebagai perisai bagi menghadapi segala cabaran/rintangan hidup dalam perjalanan menuju keredhoan Allah SWT.

2. Puasa mendidik serta menyuburkan sifat ikhlas dalam hati kita. Ikhlas adalah nilai sesuatu amal. Tiada nilai disisi Allah SWT sesuatu amal itu walaupun seluruh penghuni alam ini memujinya. Puasa adalah rahsia diantara hamba dan Tuhannya. Semasa berpuasa kita dilatih supaya menjaga dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa walaupun ketika bersendirian. Kita dididik walaupun bersendirian, Allah SWT sentiasa melihat kita.

3. Ibadah puasa mendidik kita dengan keperluan mujahadah. Perjuangan memerangi keinginan hawa nafsu dan keselesaan tubuh badan memerlukan suatu keazaman yang kuat dalam diri setiap muslim. Puasa membentuk kekuatan hati dengan menahan diri dari melakukan perkara yang halal sepanjang Ramadhan. Ini dapat membantu kita menjauhi segala yang haram sebelas bulan berikutnya disepanjang tahun.

4. Puasa menghiasi orang-orang yang berpuasa dengan satu kemuliaan iaitu sabar. Sabar adalah sifat yang sangat penting bagi menghadapi cabaran hidup yang singkat ini. Sebarang godaan atau ancaman akan dapat dihadapi dalam perjalanan menuju keredhoan Allah SWT.

5. Puasa menghiasi orang-orang yang berpuasa dengan sifat lemah lembut, penyantun dan dapat menahan marah. Tiga sifat yang dapat menyelesaikan banyak masaalah kehidupan manusia. Sifat ini adalah penawar mujarab bagi mengubati kedegilan, kelalaian serta kejahilan manusia. Ia adalah sifat Rasulullah SAW yang telah berjaya merubah masyarakat jahiliah arab kepada Islam.

6. Puasa menyuburkan sifat pengasih. Mengasihi faqir miskin. Pemurah kepada yang memerlukan pertolongan. Tidak menangguh-nangguh untuk membantu kepada yang memerlukan. Prihatin dengan golongan yang kurang bernasib baik. Perasaan ini akan lebih subur bagi orang-orang yang dilatih berlapar. Zakat fitrah pula pelengkap untuk memperkuatkan ikatan kasih sayang serta belas kasihan.

7. Didikan mengosongkan perut dari makan dan minum juga membentuk jiwa yang kuat hubungannya dengan Allah SWT. Oleh itu seseorang akan lebih ringan beribadah dibulan Ramadhan seperti membaca Al Quran, zikir, istighfar, doa serta taubat.

8. Puasa mengajar orang-orang yang berpuasa merasai kegembiraan yang hebat. Iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya.

9. Puasa melatih kita menjaga waktu dan janji. Kita berhenti makan pada waktu yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kita berbuka juga pada waktu yang ditetapkan oleh Allah SWT. Menepati masa(punctuality) dalam setiap usaha atau perjumpaan adalah budaya cemerlang dalam kehidupan. Menepati masa menjimatkan masa serta tidak membuang masa orang lain.

10. Pakar-pakar perubatan mengakui berdasarkan ilmu perubatan banyak penyakit dapat diubati dengan berlapar. Puasa dapat menyelesaikan masalah-masalah penyakit yang berpunca dari perut.

11. Puasa memperkuatkan ikatan jamaah dalam jiwa setiap umat Islam. Seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan warna kulit serentak berpuasa. Mereka adalah umat yang satu. Umat pilihan Allah SWT.

Sekiranya puasa Ramadhan dihayati secara sempurna insyaAllah tamat sahaja sebulan berpuasa maka taqwa bertapak kukuh pada diri kita. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”
(Al Baqarah : 183)

Bersama-samalah kita merebut peluang keberkatan Ramadhan pada tahun ini. Semuga Allah SWT melimpahkan taufiq dan hidayahNya kepada kita dengan keampunanNya serta anugerah taqwa yang sangat berharga itu.

[Petikan dari tulisan Al marhum Ustaz Mustafa Masyhur : Bekalan Didalam Perjalanan Da’wah]

Rabu, 19 Ogos 2009

Arsenal 2 Celtic 0



Arsenal meneruskan rentak cemerlang apabila mendominasi permainan di Glasgow untuk memastikan Arsenal menang 2-0 dan mendapat advantage pada second leg nanti.. Sudah semestinya pemain Celtic sukar untuk menukarkan keputusan ini. pada perlawanan sekali lagi nanti.

Trio Arsenal iaitu Sagna, Fabregas dan Denilson memberikan khabar gembira apabila berjaya melepasi ujian kecergasan dan sudah semestinya ianya memberikan suntikan moral kepada pemain-pemain Arsenal yang lain.. gol dijaringkan oleh Gallas dan gol sendiri oleh Caldwell

Ahad, 16 Ogos 2009

Arsenal berpesta gol



Arsenal memulakan kempen Liga Perdana England (EPL) dengan penuh bergaya apabila membelasah Everton 6-1 pada perlawanan di Goodison Park, awal pagi ini.

Skuad Gunners mempamer aksi licik, permainan menyerang untuk mengecewakan Everton yang menamatkan saingan di tempat kelima pada musim lalu.

Kejayaan Arsenal itu berbeza dengan kemenangan 2-1 yang dicatatkan oleh Chelsea ke atas Hull yang disifatkan sebagai `bernasib baik’.

Denilson memulakan pesta gol skuad bimbingan Arsene Wenger pada minit ke-26, diikuti Thomas Vermaelen (m-37), William Gallas (m-41), Cesc Fabregas (m-48, m-69) dan Eduardo (m-88)

Louis Saha menjaringkan gol sagu hati pasukan tuan rumah, Everton pada masa kecederaan.

KEPUTUSAN PELAWANAN LAIN

Everton 1-6 Arsenal
Portsmouth 0-1 Fulham
Blackburn Rovers 0-2 Manchester City
Aston Villa 0-2 Wigan Athletic
Bolton Wanderers 0-1 Sunderland
Wolverhampton Wanderers 0-2 West Ham
Stoke City 2-0 Burnley
Chelsea 2-1 Hull City

Jumaat, 14 Ogos 2009

Arsenal player cedera


Theo Walcott.. Peluru berpandu Arsenal ini dikatakan kemungkinan tidak akan beraksi menentang Everton kerana mengalami masalah belakang.. Mungkinkah Wilshere akan beraksi menentang Everton malam esok??

Johan Djourou memberi tamparan hebat kepada Wenger apabila mengalami kecederaan buku lali.. Dan dikatakan juga Djourou akan terlepas aksi selama sebulan..

Nampaknya Lukasz Fabianski bakal memberi ruang kepada Mannone di bangku simpanan selepas Wenger mengesahkan Fabianski terpaksa berehat selama 2 bulan kerana akan menjalani pembedahan atas kecederaan buku lalinya..

Abou Diaby yang baru-baru ini mengalami kecederaan groin akan kembali menentang Everton esok.. Satu berita buruk untuk fan Arsenal..

Thomas Vermaelen memberikan satu berita baik disebalik kecederaan Djourou apabila akan membuat debut penuhnya bersama Arsenal selepas berjaya melepasi kecederaannya selepas berjaya beraksi selama 45 minit bersama Belgium..

Wenger berkata Rosicky akan kembali sebaik permulaan bulan September selepas tempoh pulih dari kecederaannya hanya tinggal 2 minggu lagi.. Ianya sudah semestinya satu berita baik buat fan-fan Arsenal.. Tetapi sempatkah Rosicky kembali sebelum aksi menentang MU pada 29 Ogos ini??

Khamis, 13 Ogos 2009

Rabbani- pergi tak kembali




Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali la

AL - FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ ASRI DARI KITA SEMUA

TakziahBuat Keluarga Ustaz Asri Rabbani





Takziah Buat Keluarga Ustaz Asri RabbaniKetua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.Sama-sama kita doakan kerahmatan Allah buat Ust Asri .

Selasa, 11 Ogos 2009

DOA @ Ubat H1N1- Insya allah....



Terjemahan:Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.Sebab itu selawat ada dlm doa.

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular