Khamis, 27 Mei 2010

BILA BINATANG DISEKSA BALASANNYA....e !!!.NGERINYA....


Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.


Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.


Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.


"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.


Matador kelahiran Seville, yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.

Isnin, 24 Mei 2010

Gambar panass!! .. Alamak ni haram atau harus ?

Cuba lihat gambar dibawah. MAKANAN Tentera Malaysia... Gua no komen siapa nak komen silakan....

Aiks...kena sembelih jugak ke..?

alahai kesian enkau monyet...





Buang Bulu baru enak.....


Monyet Panggang masak hitam....?



kami dalam latihan abang..


Hmmmm sedap...

Licin ......sampai ketulang


ishhh....kepala b**I pun ada



firman Allah bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169

Bencana Alam

Kejadian tanah runtuh yang dahsyat umpama sungai mengalir deras. Tonton video ini..




Sabtu, 8 Mei 2010

‘Maaf polis Gua, tersilap sapu’


SHAH ALAM, 8 Mei — Kereta rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri kelmarin di Seksyen 9 di sini ditemui semula di Prima Damansara, Petaling Jaya pagi ini.

Kereta itu ditemui bersama sekeping nota yang berbunyi “sorry PDRM tersilap sapu”.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin mengesahkan bahawa kereta itu ditemui oleh peronda polis Petaling Jaya pada pukul 8 pagi.

Dipetik Bernama, Nor Azam berkata kereta kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah.

Menurutnya, kereta itu akan dibawa kembali ke Shah Alam nanti.

Kereta Perdana V6 berwarna hitam kegunaan Khalid itu dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H Seksyen 9 pada pukul 8.15 pagi ketika anggota polis yang bertugas memandu kereta itu sedang bersarapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Sejarah tersendiri Search dan Wings




1MEI 2010, Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts telah mencatat satu sejarah baru. Sudah lama, mungkin boleh dikatakan hampir pupus kesesakan yang dibikin lautan rakyat tempatan daripada kelompok generasi muda dan tua hanya untuk menyokong pemuzik Malaysia.

Namun, kesesakan tersebut sudah boleh dijangka dengan hampir 20,000 penonton membanjiri lokasi tersebut hanya untuk menjadi saksi kepada kolaborasi dua legenda, Search dan Wings dalam Konsert Double Trouble mereka.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan peminat sanggup berasak dan bersesak untuk menjadi saksi konsert tersebut. Ada yang datang untuk mengubat kerinduan melihat kembali gabungan Double Trouble selepas 17 tahun tidak berkongsi pentas.

Untuk generasi muda, mereka datang sebagai sokongan dan 'mendalami' muzik Wings dan Search yang telah berkumandang barangkali sebelum mereka lahir. Lantas, mereka mahu menjadi kelompok yang mempunyai pengalaman untuk dikongsi cerita tentang kolaborasi dua grup tersebut.

Kehadiran generasi tua pula adalah kelompok yang datang untuk mengimbau nostalgia dan membuktikan bahawa usia tidak memamah mereka untuk menghindari muzik bawaan Search dan Wings.




Juga, ada yang hadir untuk melihat kemantapan vokal Awie dan Amy. Mahu menjadi saksi padunya permainan setiap anggota Search seperti Kid, Din, Nasir dan Yazit. Begitu juga mahu melihat kentalnya rock Wings dengan permainan Joe, Eddie dan Black.

Lebih daripada itu, semua yang hadir mahu menzahirkan aprisiasi serta cinta mereka terhadap dua grup tersohor tanah air ini. Lantas berbondong-bondong mereka datang untuk merasakan fenomena Double Trouble pada malam tersebut.

Sebuah pentas dibina pada hujung stadium tertutup yang boleh memuatkan sehingga 20,000 orang. Tepat pukul 9 malam stadium yang memang sudah bingit dengan semangat lebih 18,000 orang itu bergema sebaik melihat kelibat Wings dan Search di atas pentas.

Tidak menunggu lama untuk membuat malam yang sudah hangat itu menjadi 'panas' mereka bergabung melontar Gemuruh. Sepantas itu juga, satu stadium bergemuruh dengan paduan suara peminat yang tidak segan menyanyi sama.

Bermula dengan Gemuruh, konsert diteruskan dengan lebih 25 lagu hit mereka yang disampaikan secara solo juga bergabung tenaga. Ini termasuklah untaian lagu hit daripada album Double Trouble seperti Paranoid, Puisi Merdeka, Gema Di Inderaloka dan Puisi Merdeka.

Tidak terlepas Search memainkan lagu Wings, begitu juga sebaliknya apabila Awie memilih lagu hit Seacrh, Balada Pemuzik Jalanan dan Amy mendendangkan Opera Hidup dengan caranya tersendiri.

Harus diakui, pada pertengahan konsert, momentumnya sedikit menurun apabila Search memilih beberapa lagu yang kurang digemari peminat.

Malah ada yang mengeluh kerana kehebatan sistem bunyi yang disediakan masih tidak dapat menutup cela anggota Search memainkan sebuah persembahan yang padat. Bagi peminat yang datang dan begitu mementingkan kualiti permainan, sedikit perasaan kecewa terpalit dalam jiwa apabila merasakan permainan Search pada malam itu kurang padu.

Berbeza dengan persembahan Wings yang disifatkan lebih padu dan bertenaga, untaian lagu pilihan grup yang sudah berusia 25 tahun ini lebih relevan dan memicu adrenalin peminat untuk larut dalam konsert mega itu.

Namun, momentum diselamatkan dengan kolaborasi medley lagu hit Wings dan Search yang diletakkan kira-kira setengah jam sebelum konsert melabuhkan tirai. Pemilihan medley yang cukup tepat seperti lagu Misteri Mimpi Syakilla, Gadisku, Semalam Yang Hangat, Taman Rashidah Utama dan Nur Nilam Sari telah membuat hampir semua peminat bagai dirasuk untuk menyanyi bersama Search dan Wings.


2AKSI mesra Awie mengangkat Amy membuahkan tawa penonton.


Turut terselit dalam susunan lagu pilihan mereka termasuklah Isabella, Isi Atau Kulit, Immenuelle, Mabuk 7 Lautan, Kau Masih Berdegil dan Meniti Titian Usang.

Secara keseluruhannya, seharusnya Konsert Double Trouble anjuran Adep Net Production ini tidak menjadi medan perbandingan kehebatan salah satu grup. Ironi, baik Search atau Wings, masing-masing telah membuktikan kredibiliti.

Search pada usia kerjaya 30 tahun dengan hampir semua anggota sudah mencecah usia lebih 40 tahun, menyaksikan mereka masih ligat di atas pentas, Amy berusaha memberi lontaran vokal dan persembahan menguja, Search tidak kalah kepada Wings sebenarnya.

Hanya kerana Wings tampak lebih solid dan kental malah begitu konsisten dalam setiap lagu yang dimainkan, maka terbit sedikit perbandingan yang seharusnya tidak wujud.

Seperti kata Awie: "Search dan Wings tidak berkongsi pentas untuk berlawan atau membuktikan siapa lebih hebat. Tapi kami menonjolkan kolaborasi dua grup untuk menjayakan sebuah konsert."

Double Trouble Jejalah Malaysia

Suksesnya konsert ulung itu pada malam Hari Buruh yang lalu telah membuka jalan untuk Search dan Wings meneruskan konsert mereka dalam sebuah siri jelajah.


5WINGS kelihatan lebih padu dan bertenaga.


"Insya-Allah, jika tiada aral, Double Trouble akan bermain di Johor Bahru pada 5 Jun depan di Stadium Larkin. Konsert jelajah ini dibuat kerana pihak penganjur berpendapat konsert sulung kami sukses di Malaysia," ujar Awie yang sudah menjangkakan Konsert Double Trouble memang akan meraih sukses berdasarkan kelompok peminat Search dan Wings yang memang ramai.

Tambah Amy yang begitu berpuas hati dengan konsert pada malam tersebut, mereka akan menukar susunan lagu untuk konsert di Johor Bahru kerana percaya setiap peminat di negeri mempunyai cita rasa muzik yang berlainan.

Bagaimanapun vokalis Search itu berjanji persembahan di negeri kelahirannya itu akan dilaksanakan dengan lebih baik berbanding di Kuala Lumpur.

"Pada setiap konsert, kita selalu mahu melakukan yang terbaik. Pada pandangan saya, selain persembahan yang mantap daripada pemuzik, faktor kejayaan sesuatu konsert itu terbukti sukses apabila ia mampu menarik penonton yang ramai. Dan itulah yang terjadi pada konsert ini," kata Amy penuh semangat.

Apa yang dinyatakan Amy memang benar. Walaupun tanpa penajaan daripada syarikat-syarikat korporat yang lebih senang menaja konsert artis luar, Konsert Double Trouble telah memahat sejarah tersendiri. Dengan hanya dijayakan oleh pihak penganjur dan pasukan promosi yang bertungkus-lumus menjadikan konsert ini satu realiti, nampaknya lelah mereka berbaloi dengan kehadiran lebih 18 ribu penonton.

Bayaran RM70 yang dirasakan agak murah untuk menyaksikan dua pemuzik gergasi tempatan ini beraksi nyata menjadi pancing paling relevan untuk semua peminat mereka. Paling penting, dengan harga yang berbaloi, dilaksanakan pada hari cuti umum dan awal bulan, siapa saja yang sanggup melepaskan peluang menjadi saksi Konsert Double Trouble kembali beraksi selepas 17 tahun.

Jumaat, 7 Mei 2010

Mengerikan Mayat Hancur di sedut engine jet



Daging yang bertaburan dibelakang enjin




Tiada tulang yang tinggal.. semuanya hancur..


Blade atau Fin yang rosak


Daging yang hancur








Dari jauh kelihatan daging bertaburan..

Selasa, 4 Mei 2010

Ganguan Sexsual dari Goerge Bush ?

Kisah menarik untuk dikongsi bersama melihat gelagat Presiden Amerika Syarikat mengambil kesempatan....


Bush Presiden Amerika Syarikat tiba di negara China dan disambut oleh Presiden China.Beliau mengambil kesempatan tanpa disedari oleh Presiden China.



Kelihatannya Presiden China begitu berhati-hati mengawal bininya, bimbang terjadi ganguan sexual dari bush ha ha ha ha ...

Lori Kontena Jatuh Jambatan, Pemandu Selamat


REMBAU: Sebuah lori kontena terjunam dari jambatan di KM 229 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) sebelum terhempas di tepi jalan Astana Raja-Lubuk Cina dekat sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan bahagian enjin lori terbabit terbakar dan pemandu lori itu, Azmi Deli, 37, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Ketua Operasi Bomba Yusoff Samad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 11.31 pagi dan tiga jentera bersama 15 anggota dari Rembau, Senawang dan Seremban 2 mengambil masa 10 minit memadamkan kebakaran.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, lori kontena yang membawa barangan keperluan harian itu dalam perjalanan dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Johor.

Lori kontena itu melanggar belakang sebuah lori lima tan, lalu terbabas sebelum merempuh besi penghadang jambatan dan terhumban ke bawah jambatan setinggi kira-kira 10 meter, katanya.

Beliau berkata, seorang pekerja kontrak rakyat Bangladesh yang berada didalam lori lima tan itu cedera parah dan dua rakannya serta pemandu lori itu cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke HTJ untuk rawatan.

Lori lima tan terbabit yang membawa batu tar untuk membaiki lebuh raya itu dikatakan hendak berhenti di lebuh raya itu apabila kemalangan berlaku.

Menurut seorang pekerja rakyat Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Husin, 24, lori hendak berhenti apabila beliau mendengar dentuman kuat dari belakang lori.

"Saya dan seorang lagi rakan, Samim duduk di bahagian depan lori bersebelahan pemandu manakala seorang lagi rakan saya, Kamarulzaman di belakang lori. Akibat kemalangan itu saya cedera di muka manakala Kamarulzaman cedera parah di badan," katanya. - BERNAMA

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular