Rabu, 29 September 2010

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.


PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.

Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).

Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.

Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.

Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.

Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital. - Agensi

Selasa, 28 September 2010

Jual klip video lucah remaja


MOHD. NAIM (dua dari kiri) bersama tiga kakitangannya menunjukkan muat turut klip video lucah yang dirampas di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.

Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja.

Pelanggan hanya perlu pergi ke kedai menjual telefon bimbit tertentu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan dan memuat turunkan klip video yang menjadi pilihan ke dalam kad memori.

Jika ingin menambah koleksi klip video lucah yang lain, pelanggan boleh berbuat demikian di kedai berkenaan sebanyak mana yang dimahukan pada harga yang sama.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Cawangan Unit Penguat Kuasa, Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri cawangan Pulau Pinang, Mohd. Naim Hashim.

Menurut Mohd. Naim, kegiatan tidak bermoral itu dikesan setelah pihaknya membuat risikan hasil aduan orang awam diikuti serbuan terhadap empat premis menjual telefon bimbit di tiga lokasi berasingan di negeri ini Ogos lalu

Berasmara dengan Jutawan Malaysia ?










Taek Jho Low jutawan Malaysia yang dikatakan menghabiskan 2 juta usd sehari semata-mata untuk berhibur dengan Paris Hilton, memang kaya jutawan hartanah kita ni.. ada gosip-gosip yang mengatakan yang diaorang ni tengah hangat bercinta.. entah lah.. takkan boyfriend Paris Hilton lepasni orang Malaysia pulak kan.. memang beruntung la Taek Jho Low ni…

Dengarnya usd 2juta tu dibelanjakan untuk membayar minuman keras termahal untuk Paris Hilton dan rakan-rakan dia di Les Caves du Roy nightclub… Menurut British tabloids, Taek Jho Low ni memang selalu menghabiskan masa dengan Paris Hilton ni.. ntah berapa juta dia dah habiskan.. Diaorang gelar Taek Jho Low ni sebagai “Malaysian mystery businessman”.. Biar la diaorang nak gelar apa pun.. yang penting Taek Jho Low hidup bahagia disamping Paris Hilton ni kan.. Sejak Taek Jho Low banyak menghabiskan masa dengan Paris Hilton, nama dia banyak mendapat tempat di majalah dan laman selebriti Hollywood.. Popular sekejap dia ni di Hollywood… Apa-apa pun jom kita layan gambar Taek Jho Low jutawan Malaysia yang berhibur dengan Paris Hilton nie…

Ahad, 19 September 2010

Haiwan mirip lembu bertanduk dua ditemui


GAMBAR menunjukkan haiwan mirip lembu tetapi mempunyai dua tanduk di kepala yang ditangkap di wilayah Bolikhamxay, Laos pada Ogos lalu.


VIENTIANE - Seekor haiwan mirip lembu yang mempunyai dua tanduk di bahagian kepala telah dilihat buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad selepas ia ditangkap oleh penduduk kampung di wilayah Bolikhamxay, Laos, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang mempunyai bentuk seperti lembu liar tetapi mempunyai dua tanduk dikenali dengan nama Saola.

Apabila berita Saola ditangkap pada lewat Ogos lalu tersebar, anggota-anggota Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar dihantar untuk memeriksa dan melepaskan binatang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1999.

Malangnya, Saola dewasa itu mati dan gambarnya ketika hidup sempat dirakamkan. - Agensi

Sabtu, 18 September 2010

Lembu terkecil di dunia


GAMBAR yang disiarkan Guinness World Records menunjukkan lembu

terkecil dunia, Swallow (kanan) bersama dengan seekor lembu jantan.


LONDON - Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.

Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.

Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.

Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain. - AP

Jumaat, 17 September 2010

Haiwan aneh ditemui

aneh
KAMERA yang dipasang di Hutan Boni-Dodori menunjukkan seekor haiwan aneh mencari makanan di Kenya.


NAIROBI - Sejenis mamalia ganjil dipercayai spesies baru tikus kasturi gajah berjaya dirakamkan di hutan Boni-Dodori, pedalaman timur laut Kenya baru-baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis percaya bahawa mamalia sebesar seekor kucing yang mempunyai belalai dan memakan serangga itu merupakan spesies baru tikus kasturi gajah.

Haiwan ganjil itu yang menyerupai kombinasi seekor tenggiling dan kancil pertama kali dirakamkan di Hutan Ndundulu, Tanzania pada 2005.

Namun, beberapa perangkap kamera dipasang di hutan Boni-Dodori selepas seorang ahli Persatuan Zoologi London (ZSL), Grace Wambui terserempak dengan makhluk aneh itu. - Agensi

Jumaat, 3 September 2010

CARA JIMAT PEMPERS UNTUK BABY




Harga susu dan pampers untuk anak-anak sudah naik harga. Jiran sebelah rumah yang mempunyai anak kecil yang banyak menggunakan pampers selalu mengeluh. Satu plastik pampers yang harga RM50 hanya tahan 10 hari sahaja. Bagi yang rajin menggunakan kain lampin terpaksa membasuh dan pada minggu ini yang selalu hujan pada sebelah petang terpaksa juga menggunakan pampers. Jadi penulis mendapat satu idea untuk pembaca yang mempunyai anak kecil boleh menggunakan kaedah ini supaya dapat menjimat kos membeli pampers serta dapat menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaan Hari Raya Aidil fitri yang akan datang. Boleh cuba menggunakkan cara ini untuk menjimat kos. klik sini

Khamis, 2 September 2010

Restoran jual daging manusia


BERLIN: Sebuah restoran baru memeranjatkan bakal pengunjung apabila melancarkan iklan meminta sumbangan anggota tubuh manusia dan membayangkan ia akan termasuk dalam menunya.
“Penderma dikehendaki. Jadi ahli hari ini,” menurut pengumuman dalam laman web Filme, sebuah restoran yang dijadual dibuka di Berlin, lapor akhbar Der Spiegel.

Menunya menyenaraikan pelbagai masakan yang didakwa berasal daripada tabiat makan kaum Waririca, penduduk di Amazon yang terkenal kerana memakan daging manusia.

Ia meminta bakal penderma mengisi borang dan menyenaraikan secara terperinci kesihatan dan tabiat senaman mereka sebelum menambah: “Selepas pemeriksaan perubatan, anda boleh memutuskan bahagian mana yang ingin anda derma!” Lokasi dan butiran terperinci Filme, yang juga mengiklankan jawatan untuk seorang ‘pakar bedah yang berfikiran terbuka,’ tidak didedahkan. Laman web itu menjelaskan: “Kami menganggap menjamu selera sebagai sebahagian daripada perbuatan spiritual di mana roh dan kekuatan manusia yang dimakan itu diberikan kepada tetamu.” Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk Jerman percaya ia iklan
palsu atau langkah untuk menarik perhatian. “Saya yakin ia hanya jenaka,” kata Naib Pengerusi Parti Kristian Demokrat Berlin, Michael Braun.

“Tetapi ia amat meloyakan lebih-lebih lagi seorang penduduk Berlin pernah dibunuh dan kemudian dimakan seorang lelaki, juga penduduk bandar raya itu, tidak lama dulu,” katanya.

Braun dipercayai merujuk kepada Armin Meiwes yang dihukum penjara seumur hidup pada 2006 selepas memakan daging Bern Jurgen Brandes yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi mangsanya. - Agensi

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular