Rabu, 29 Jun 2011

Tindakan Polis 'Tengok' 300 Pemuda Umno Berhimpun, Ugut Bakar Pejabat PKR Dikecam

Tindakan sekumpulan Pemuda Umno berkumpul di depan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya malam tadi serta mengugut untuk membakar bangunan pejabat tersebut disifatkan sebagai samseng politik yang begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja untuk membuat kekacauan.

Demonstrasi yang diadakan dalam suasana hingar bingar itu turut melibatkan kira- kira 300 pemuda dengan berpakaian merah berlambang "Patriot" serta bermotosikal.

Kesemua mereka juga lengkap dengan bendera UMNO dan melaung slogan mengutuk PKR serta mendakwa PKR sebagai dalang di belakang himpunan Bersih 2.0 itu sekali gus mendesak parti itu agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Himpunan samseng-samseng upahan pemuda Umno ini sekadar menemplak kembali ucapan Perdana Menteri Najib semalam yang memberi amaran yang sekiranya pada 9 Julai nanti maka BERSIH 2.0 lah yang akan dipersalahkan.

"Tetapi yang jelas, perbuatan samseng pemuda Umno hari ini (malam tadi) di ibaratkan seperti "menepuk air didulang terkena muka sendiri" bahawa perbuatan ganas itu datangnya dari pemuda Umno yang presidennya adalah Najib..paradoks sebenarnya.

Ketika Ketua Pemuda Umno kini dalam misi membela rakyat Palestin yang diganasi oleh Israel, tetapi anak- anak buah yang ditinggalkan pula bertindak ganas dan samseng. Ini satu paradoks yang perlu dijawab oleh ketua pemuda Umno dan presidennya," tegasnya lagi.

Malah tegasnya, dalam tempoh 24 jam beliau mahu melihat sejauh mana kecekapan pihak berkuasa menangani politik samseng Umno-BN setelah laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip malam tadi.

"Walau apapun motif mereka, kita tahu negara ini ada undang-undang ada peraturan. Seperti mana polis berkali-kali memberi amaran kepada penyokong Bersih 2.0 jangan melanggar undang-undang dan jangan ingkar undang-undang.

Bola sekarang dikaki pasukan PDRM, kita nak tengok dalam keghairahan polis memanggil pemimpin PR dan penganjur BERSIH 2.0 seperti esok (hari ini) yakni Nurul Izzah, Azmin, N Surendran dan beberapa lagi pimpinan yang telah menerima notis untuk memberi keterangan," katanya.

Menurut Saifuddin lagi, beliau pelik mengapa pihak berkuasa hanya mampu menutup mata ketika kira-kira 300 pemuda Umno terbabit berarak menuju ibu pejabat PKR itu.

"Pada mulanya kumpulan ini dikesan oleh beberapa ahli PKR di stesen minyak Batu 3, Shah Alam lalu memasuki lebuhraya menuju ke Ibu pejabat PKR.

Ada beberapa perkara yang aneh disini, itu satu laluan yang panjang dan jauh namun perarakkan besar-besaran seperti itu dengan membawa panji-panji parti (UMNO) dan boleh melewati jalan-jalan utama yang lagi sibuk tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Rozan ketika dihubungi Tvselangor berkata semangat juang AMK tidak akan tergugat, meskipun pelbagai usaha dan tindakan jahat yang dilakukan oleh Pemuda UMNO terhadap parti itu.

Malah tegasnya, provokasi murahan yang dilakukan pemuda Umno itu hanyalah mahu mengalihkan fokus mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan.

"Satu tindakan provokasi murahan di mana AMK tidak langsung hilang fokus terhadap kami punya usaha untuk meneruskan perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan," katanya kepada Tvselangor.

Menurutnya lagi, AMK turut menggesa pihak polis menjawab beberapa persoalan mengenai provokasi yang dianjurkan malam tadi apabila pihak polis dilihat hanya berpeluk tubuh dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang menyertai himpunan itu.

Tambahnya, beliau turut mendesak supaya pihak polis menyiasat laporan yang dibuat AMK di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan Ugutan Jenayah dan bukan di bawah perhimpunan haram.

"Kami menggesa pihak polis segera mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mana yang kami telah membuat laporan malam tadi," tegasnya.

Jelasnya lagi, AMK juga kesal kerana Umno-BN begitu teresak hingga sanggup mengupah samseng politik dari kalangan remaja untuk membuat kekacauan.

Malah, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa perhimpunan ini dibiayai sepenuhnya oleh Umno-BN.

"Kami amat yakin mereka ini dibayar dan perhimpunan ini adalah yang terancang kerana mereka memakai t-shirt Patriot dan melibatkan kos yang tinggi dan apatah lagi rata-rata mereka di bawah umur yang tidak mempunyai wang," tambahnya. tvs

Selasa, 28 Jun 2011

Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

parliament briefing 030408 johari abdul
"Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

NONE
Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.


malaysiakini

Rabu, 15 Jun 2011

Fhoto Banjir Di Makkah Pada Tahun 1941.

Gambar-gambar ini diambil ketika peristiwa banjir di Makkah Al-Mukarramah pada bulan Ogos 1941,lama dah tuuuu..Sebelum merdeka lagi.Untuk tatapan semua.

Ahad, 12 Jun 2011

Janda dibenarkan melancap di pejabat

Ana Catarina Bezerra Silvares, seorang janda beranak 3 dibenarkan melancap selama 15 minit setiap dua jam dalam waktu pejabat. Janda berusia 36 tahun itu juga dibenarkan untuk menggunakan komputer bagi menonton gambar-gambar erotik untuk membangkitkan nafsu berahinya.


"Pernah satu ketika saya melancap sebanyak 47 kali dalam sehari", kata wanita itu.

Baca dari sumber di sini

Sabtu, 11 Jun 2011

Fakta Menarik!!!!Jambatan Terpendek Yang Menghubungkan Dua Negara

Dua buah pulau yang saling berdekatan ternyata berada dalam dua wilayah yang berbeza.Pulau yang besar berada dalam wilayah Kanada sedangkan pulau yang kecil berada di wilayah Amerika Syarikat.

Yang menariknya dua pulau beza Negara ini dihubungkan oleh jembatan sepanjang 10 meter.Inilah jembatan antarabangsa terkecil atau terpendek di dunia.‘Pasangan’ pulau tersebur terketak dekat Rockport disebut Zavikon island.

Dua pulau ini termasuk kumpulan ‘kepulauan seribu’ yang berada di Saint Lawrence River di Teluk Alexandria,sempadan AS-Kanada.Persetujuan sempadan wilayah ini telah diperseujui antara kedua Negara,AS dan Kanada sejak 1793.

Namun kedua Negara memutuskan tidak akan membagi dua pulau tersebut.Sekitar 2/3 pulau berada di wilayah kanada,dan 1/3 nya berada di Amerika.Amerika mahupun Kanada,menganggap kedudukan mereka setaraf dalam hal kepemilikan pulau.

Namun bagi pemandu pelancongan ini merupakan ‘keuntungan’ kerana dari segi pelancongan kedudukan dua pulau ini menjadi sangat unik,menarik dan strategis untuk ‘dijual’.Para pemandu pelancong ingin jembatan antarabangsa terkecil di dunia ini diketahui orang ramai.

Pulau besar yang didakwa sebagai wilayah kanada dibangunkan rumah,sementara pulau kecil yg merupakan bahagian dari Amerika,berfungsi sebagai halaman belakang rumah.
Jambatan Terpendek Yang Menghubungkan 2 Negara,US Dan Kanada.

Rabu, 8 Jun 2011

Harga minyak, elektrik naik tapi Petronas untung RM241 bilion


KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Isnin, 6 Jun 2011

Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

NONEBercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular