Ahad, 17 Julai 2011

Kita Mahu Kebebasan Media, Mahfuz Jawab Najib

GOMBAK 17 JULAI : Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar Perdana Menteri berhubung kenyataanya bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Tegas Mahfuz, cara berpolitik yang sebenar dan intelektual ialah melalui kebebasan media, yang gagal dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Mahfuz, dengan adanya kebebasan media rakyat akan dapat mengakses segala maklumat dengan tepat dan tidak hanya memihak kepada kerajaan pemerintah serta berat sebelah.

“Dia (Najib) bercakap mengenai ‘kami bentangkan kes kami dan pembangkang kemukakan kes mereka’. Apa yang kita mahukan ialah maklumat yang bebas,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Selain tuntutan Bersih, kita juga menuntut media yang bebas. Jika tidak, rakyat yang inginkan berita yang benar pun sukar kerana media yang sedia ada memutarbelitkan cerita.

“Media yang bebas mesti ada. Dengan itu barulah kita dapat berpolitik secara intelektual. Bukan dengan cara bentangkan kes,” kata beliau pada ceramah sempena pelancaran ‘Yellow Saturday’ anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini malam tadi, selepas genap seminggu perhimpunan Bersih 2.0. berlangsung.

Sebelum ini, Putrajaya telah mengisytiharkan setiap kemeja-T warna kuning Bersih 2.0 sebagai haram.

Dalam satu kenyataan Najib di London kelmarin, beliau berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri.

“Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”katayanya.

Jelas Mahfuz, tumpuan utama Pakatan Rakyat juga kini ialah untuk mendapatkan gelombang yang lebih besar menghadapi pilihan raya akan datang.

Ujarnya, dengan kehadiran golongan muda pada himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu, jelas menunjukkan golongan itu kini telah bangkit.

“Antara manfaat yang kita dapat lihat daripada himpunan Bersih lalu ialah sebanyak 70 peratus yang hadir ialah daripada golongan muda. Inilah kebanggaan Malaysia. Anak-anak muda kini bangkit untuk pertahankan masa depan negara,” ujarnya.

Tambah Mahfuz, kehadiran lebih 50,000 menunjukkan rakyat kini inginkan satu pilihan raya yang bersih kerana pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang paling tidak demokratik.

“Rakyat sekarang sudah sedar mengenai sikap sebenar polis pada himpunan lalu dan kerana tindakan polis itu juga ia membangkitkan kebencian rakyat kepada BN dan Umno yang mahukan pilihan raya yang bersih.

“Kita juga perlu hayati apa yang dituntut bersih. Jangan pergi himpunan sahaja tetapi tidak hayati lapan tuntutan ini,” katanya.

Selasa, 12 Julai 2011

Ribuan Hadir ceramah Mat Sabu dan Anwar

Kesan daripada perhimpunan Bersih menyebabkan sambutan orang ramai menghadiri program ceramah di Pulau Pinang. Dianggarkan 8 ribu orang hadir untuk mendengar ceramah daripada DS Anwar Ibrahim yang memakai pendakap leher, Mat Sabu di atas kerusi roda.

Mat Sabu sedang berucap dari atas kerusi roda di hadapan kira-kira 8 ribu hadirin di Penang sambil di sambut teriakan Najib Razak pembohong!
Anda mungkin juga meminati:

Kerje gila !!

Siapa yang pernah masuk belajar di sekolah berasrama atau universiti dulu atau kini tentu pernah mengalami waktu orientasi atau "ragging" daripada pelajar senior.

Saya tak pasti samada pelajar kita mengalami penderaan yang seteruk dialami oleh pelajar di salah sebuah universiti di korea. Mereka diarah melakukan aksi-aksi yang melanggar moral serta tatasusila kemanusian.

Walaubagaimanapun pihak polis di sana sedang menyiasat kes yang telah dilaporkan tersebut.

Harap pelajar kita tidak mengalami krisis moral seperti itu.

Gambar yang memaparkan kes-kes penderaan mereka di bawah,







Sabtu, 9 Julai 2011

Presiden PAS ditangkap


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak

Ahad, 3 Julai 2011

Bakal persaing pada Facebook



langsung melalui video seperti webcam.

google-plus


Penyedia enjin carian terbesar dunia, Google telah mengumumkan satu projek baru iaitu Goole Plus (Google+) iaitu satu rangkaian media sosial yang sama dengan Facebook.





Terdapat 4 ciri-ciri utama Google+ :

1. Circles merupakan senarai kumpulan rakan. Boleh diletakkan dalam kumpulan tertentu seperti rakan, ibu bapa, kenalan pejabat dan sebagainya.

2. Sparks pula memberi kemudahan untuk memilih minat, hobi, aktiviti kegemaran. Kemudian semua kemudahan ini akan disesuaikan dengan pengguna lain dalam komuniti yang sama.

3. Hangouts adalah kominiti yang boleh berhubung secara langsung melalui video seperti webcam.

4. Mobile, sudah semestinya target utama Google adalah pengguna telefon pintar. Mengikut statistik suku tahun pertama 2011 sebanyak 36% telefon pintar dijual menggunakan Android.

5. Huddle lebih kepada temujanji dalam kumpulan yang ramai. Kita boleh set waktu, masa dan aktiviti bersama rakan-rakan.

Buat masa kini Google+ boleh didapati dalam Android sahaja. Walaupun begitu, ianya masih lagi dalam pembikinan. Kita tunggu sama ada ‘gempak’ atau tidak.

Apa pandangan anda? Adakah kita lebih selesa dengan Facebook untuk berkomunikasi atau mungkin beralih kepada Google+?

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular