Memaparkan catatan dengan label UNIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNIK. Papar semua catatan

Selasa, 27 Julai 2010

Jamban Terlampau


buat-buat terkejut pulak



Rabu, 21 Julai 2010

Tak sepadan


Related Posts with  Thumbnails

Khamis, 15 Julai 2010

Pelajar dapat ikan emas gergasi


GAMBAR menunjukkan Nick Richards memegang ikan emas gergasi di Poole, England baru-baru ini.

POOLE – Apabila seorang remaja, Nick Richards mendapati jorannya disentap, pelajar sekolah di Britain itu berharap umpannya dimakan seekor ikan kap.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam melaporkan pelajar berusia 16 tahun itu terkejut apabila dia mendapat seekor ikan emas gergasi sepanjang 40.6 sentimeter (sm) dan berat 2.27 kilogram (kg) semasa memancing di sebuah tasik di bandar ini, selatan England, baru-baru ini.


Ikan peliharaan tersebut dipercayai dibuang oleh pemiliknya ke dalam tasik berkenaan dan ia kemudiannya membesar dengan cepat.

“Pada mulanya saya pergi ke tasik itu untuk memancing ikan kap. Saya pernah mendengar khabar angin bahawa terdapat seekor ikan kap gergasi dan saya berharap akan dapat melihatnya,” katanya.

Menurutnya, dia berada selama dua hari dan dapat menangkap beberapa ikan kap yang besar.

“Namun, tiba-tiba , saya melihat seekor ikan berwarna keemasan yang besar di atas permukaan air,” katanya.

“Ia tidak cedera dan saya melepaskannya semula ke dalam tasik setelah merakamkan gambar ikan tangkapan saya itu,” katanya.

Rekod ikan emas terbesar di Britain sebelum ini berukuran 39.9sm panjang dengan berat 0.9kg. – Agensi

Sabtu, 26 Jun 2010

Kolam Renang Terbesar &Tertinggi Di Dunia


Singapura kini mampu tersenyum lebar apabila sebuah lagi pusat pelancongan bertaraf 10 bintang telah dibuka kepada umum di mana sebuah kolam renang tertinggi dan terpanjang di dunia di bina di atas 3 buah menara hotel 55 tingkat di Marina Bay Resort.
Kolam renang berukuran 3 kali lebih panjang daripada kolam renang olimpik [150 meter] dibina seolah-olah tiada penghujungnya berbentuk 'boat-shaped'




Hotel yang mempunyai 2560 buah bilik berharga 350 pound sterling [ RM 2500.00] untuk satu malam menyediakan pelbagai jenis bentuk hiburan termasuk pusat perjudian, plaza,pusat teater,panggung wayang dan banyak lagi.







Khamis, 24 Jun 2010

Kereta Mayat


Bekas penggali kubur cipta keranda jadi kereta

ESSEX – Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter, lapor akhbar Daily Mail semalamBissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.
“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya.Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.

“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.– Agensi

Rabu, 23 Jun 2010

Monster Basikal


Bekas jurutera cipta basikal gergasi

WOUTER VAN DE BOSCH mengayuh basikal ciptaannya di Arnhem, Belanda baru-baru ini.


ARNHEM - Seorang pelajar jurusan seni di Belanda, Wouter van den Bosch mencipta sebuah basikal gergasi seberat 450 kilogram dengan menggunakan peralatan yang didermakan oleh rakan-rakannya selain sebuah syarikat traktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berusia 39 tahun dari sini yang juga seorang bekas jurutera mekanikal menjadi sensasi di laman YouTube selepas klip video dia mengayuh basikalnya ditonton lebih 600,000 kali dalam tempoh dua minggu.

Dia mengambil masa tiga bulan untuk menjadikan basikal raksaksa itu bergerak di atas jalan raya dengan menggunakan besi, beberapa tiub, rangka basikal dan sebuah tayar traktor.

Bosch yang memiliki hobi melakukan pengubahsuaian ekstrem pada kenderaan sejak beberapa tahun lalu, mencipta basikal tersebut sebagai projek seni pada tahun akhir pengajiannya.- Agensi

Selasa, 8 Jun 2010

Plat-Plat kereta unik di Malaysia

Perhh. Arge no plat je dah arge sebijik lagi kereta. ish2. dah terlebih sangat duit sampai taktau nak buang kat mana kot? huhuhu

TAN 1 - plat paling mahal RM200,090.00




























Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular