Khamis, 30 Julai 2009

SAH DIA TELAH PERGI...



Pemain Arsenal Kolo Toure menyertai Manchester City pagi ini dengan kontrak empat tahun bagi menguatkan pertahanan kelab Liga Perdana England (EPL) yang berbelanja besar itu.

Pemain pertahanan Ivory Coast itu menyertai City dengan bayaran perpindahan 14 juta pound (RM41 juta) selepas tujuh tahun bersama Gunners.

Penghijrahan Toure bermakna berakhirnya era pemain skuad `invincibles’ Arsenal yang mencatat rekod tanpa kalah 49 perlawanan dalam EPL musim 2003-04. Kepada Arsenal Fan Club Malaysia anda jangan kecewa....sebagai pengganti mungkin Wenger akan membeli pemain pertahanan kental dari Malaysia sebagai penganti ha ha ha ha...lawak jer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular