Rabu, 21 Oktober 2009

Lelaki Tatoo terbanyak


Setiap bahagian anggota badan Lucky Diamond Rich dipenuhi dengan tatu.

LUCKY Diamond Rich, ialah “lelaki yang memiliki paling banyak tatu di badannya”. Setiap bahagian anggota badannya dipenuhi dengan tatu.

Dilahirkan di New Zealand pada tahun 1971, Lucky memegang rekod dunia Guinness sebagai “lelaki yang memiliki paling banyak tatu di badannya” pada tahun 2006 apabila disahkan badannya dipenuhi tatu 100 peratus.

Rekod dunia itu dipegang oleh Tom Leppard sebelum ini. Lucky menghabiskan lebih 1,000 jam untuk bertatu. Ratusan artis tatu mencacah badannya dengan reka bentuk menarik.

Sejak kecil lagi, Lucky membaca mengenai tatu dan sering melayan fikirannya tentang lelaki atau perempuan yang memiliki tatu terbanyak.

Lucky memiliki tatu pertamanya di bahagian punggungnya.
99.9 peratus tubuh badan Tom Leppard dicacah dengan rekabentuk kulit harimau bintang. Leppard berasal dari Isle of Skye, Scotland.

Pada mulanya, dia mencacah hampir keseluruhan tubuh badannya dengan pelbagai koleksi reka bentuk yang berwarna-warni. Bagaimanapun dia tidak berpuas hati.

Lucky kemudian mentatu tubuh badannya 100 peratus dengan dakwat hitam. Ini termasuk kelopak mata, kulit halus antara jari kaki, dalam telinganya malah gusinya!

Selepas itu, dia mencacah reka bentuk putih di atas permukaan kulitnya yang berwarna hitam. Ini diikuti dengan reka bentuk berwarna-warni di atas warna putih.

Dari segi profesionnya, Lucky ialah artis persembahan. Aksi-aksi hebatnya termasuk ‘menelan pedang’, menunggang basikal beroda satu (unicycling) dan menjugel objek-objek.

Jangan terperanjat Lucky “penelan pedang” yang hebat. Dia bersama dengan Space Cowboy (atau nama sebenarnya Chayne Hultgren) memegang rekod sebagai lelaki pertama yang menelan dua pedang sambil digantung terbalik (suspended upside-down).

Selain itu, Lucky juga merupakan vokalis band ‘Primitive Ghost’. Lelaki bertatu terbanyak ini terkenal dengan nyanyian hebatnya untuk lagu ‘Skin’ pada tahun 1998.

Band ‘Primitive Ghost’ dianggotai Baby Lemonade (vokal), Michael Sheridan (gitar), FAB (percussion), Bryan St. James (programming) dan Ollie Olsen (programming).

Di laman webnya, Lucky Diamond Rich menjelaskan, ‘Luck.y’ bermaksud bernasib baik, ‘Dia.mond’ bermakna batu yang lutsinar dan tidak cacat terutamanya apabila dipotong dan digilap, dihargai sebagai batu permata.

Sementara, dia berkata, ‘Rich’ merujuk kepada kekayaan dari segi elemen dan kualiti, mempunyai kekayaan, dan dibekalkan secukupnya dengan sumber.-mstar

1 ulasan:

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular