KOTA BHARU - Setelah beberapa hari mencetuskan kontroversi, cakera padat (CD) Ustaz Budak’ yang dikatakan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, akhirnya CD tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Penyerahan yang dilakukan penduduk Pasir Mas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini semalam.
Wakil penduduk, Mohd Nor Ismail berkata, tindakan tersebut bertujuan menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap kandungan CD berkenaan apabila didakwa boleh memesongkan akidah umat Islam.
“CD ini saya perolehi daripada rakan, kandungannya menyamakan Datuk Nik Abdul Aziz dengan nabi, sedangkan al-Quran dan hadis menjelaskan bahawa tidak ada lagi nabi selepas Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat JHEAIK di sini, semalam, bersama 15 wakil penduduk lain.
Mohd Nor berkata, CD berkenaan diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir, Hasmah Omar, itu turut menuntut pihak jabatan berkenaan melakukan siasatan terhadap penceramah berkenaan, Shamsul Zaman Sukri.
Menurutnya, siasatan tersebut penting bagi memastikan akidah dan kepercayaan umat Islam tidak terpesong lebih- lebih lagi golongan kanak- kanak.
Sementara itu, Shamsul Zaman yang juga penceramah Pas dalam siri ceramahnya sebelum ini dikatakan menyamakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nabi berasaskan hadis, ulama adalah pewaris nabi.
**** Aku dah dengar cd ini apa pemahaman aku budak tu kata ulama adalah perwaris nabi selepas kewafatan nabi