Khamis, 19 November 2009

MPV Perodua terbaru kini sedia untuk ditempah


Perodua kini dalam rangka mempromosikan rangkaian kereta MPV yang terbaru dan akan dilancarkan di dalam bulan November ini.

Namun begitu, tempahan telahpun dibuka kepada orang ramai untuk menjadi antara yang terawal memiliki kereta model terbaru dan terkini Perodua ini.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Manual standard solid : RM55,490, Metallic : RM55,990, S. Metallic : RM56,190,
Auto standard solid: RM58,490, Metallic : RM58,990, S. Metallic : 59,190,
Premium manual solid : RM60,490, Metallic : RM60,990, S. Metallic : RM61,190,
Premium auto solid : RM63,490, Metallic : RM63,990, S. Metallic : RM64,190

Advance Version (Body Kit GPS with reverse camera, leather seat and tinted)
Manual solid : RM66,490, Metallic : RM66,990,
Auto solid : RM69,490, Metallic : RM69,990,


















Ahad, 15 November 2009

Punca Sakit Kaki


Anda seorang kaki 'shopping' dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.


Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda atau dikenali shin splint.

Faktor Sakit

Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :

* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus

* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus

* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi

* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh

* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)

* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando

Cara Mengatasi

Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :

# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2

# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci

# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki

# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain

# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

Khamis, 5 November 2009

Beruang tanpa bulu



LEIPZIG - Pengunjung-pengunjung di sebuah zoo di Jerman terkejut mendapati beberapa beruang betina yang dikurung kehilangan banyak bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Turut menjadi mangsa, dua ekor beruang popular, Dolores, 15, dan Lolita, 11, yang cuma mempunyai bulu tebal di bahagian kepala manakala bahagian lain pula tinggal kulit sahaja.

Pegawai-pegawai Zoo Leipzig yang terletak 154 kilometer dari ibu negara Berlin, hairan dengan keadaan itu dan menghubungi zoo lain di serata dunia bagi memastikan sama ada masalah serupa turut berlaku.

Pakar-pakar haiwan turut bingung apabila melihat mamalia liar itu kehilangan bulu.

Namun, misteri keanehan beruang berbulu gelap dan berasal dari benua Amerika Selatan itu menyebabkan semakin ramai datang ke zoo tersebut untuk melihat haiwan itu. - Agensi

Selasa, 3 November 2009

Bebola paling besar didunia


222.5 paun! Itulah berat sebiji bebola daging paling besar yang dihasilkan oleh sebuah restoran Itali di Concord, New Hamphire.

Matthew Mitnitsky, tuan punya restoran tersebut berkata, bebola daging “gergasi” itu dikesahkan sebagai bebola paling besar oleh pegawai-pegawai pencatat rekod.

Menurut laporan media, pegawai Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan saiz bebola daging yang terbesar itu berjaya memecahkan rekod dunia.

Pegawai itu mempersembahkan Mitnisky dengan satu plak.

Rekod lama seberat 198.6 paun baru dicatatkan sebulan lalu selepas hos program bicara, Jimmy Kimmel nekad untuk memecahkan rekod di Mexico.

Rekod seberat 109 paun dicatatkan pada Ogos lalu.

Mitnisky berkata dia terlibat “untuk ‘membawa balik bebola daging’ ke Pantai Timur kerana rekod itu berasal dari situ.” AP

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular