Selasa, 31 Mei 2011

Najib, Rosmah diheret ke mahkamah dalam Suara Keadilan terbaru


KUALA LUMPUR: Berita utama edisi ke 18 Suara Keadilan (SK) tampil dengan kenyataan peguam Sankara Nair, bahawa pihaknya akan memanggilPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai saksi perbicaraan kes Fitnah II.

Notis makluman telah dihantar peguam pada 16 Mei lalu kepada Najib dan Rosmah , yang akan menyaksikan keduanya memberi keterangan apabila mahkamah bersidang pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Antara yang hangat pada keluaran kali ini adalah pendedahan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mengenai tawaran jawatan Menteri oleh Umno.

Ia disusuli pendedahan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berhubung tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang membuktikan status kewangan Felda yang nazak.

Manakala pada muka surat belakang, laporan berhubung kenaikan tarif elektrik dan gas sebagai usaha mengkayakan kroni- IPP dipapar untuk pembaca.

Selain itu, laporan pelancaran ‘Ops Scorpene’ oleh pertubuhan hak asasi, Suaram antara yang menjadi berita menarik di laman 3 dengan paparan kronologi skandal kapal selam Scorpene di laman 16 dan 17.

Suara Keadilan membongkar tembelang Umno yang meneruskan tradisi politik gelap mereka dengan menyebar fitnah melalui edaran video lucah dalam laporan pada
muka surat 5.

Dengan tajuk ‘Umno sebar misi Dajal’, sekumpulan ketua-ketua kampung di Selangor melaporkan kepada polis strategi kotor Umno untuk merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Ruangan Q&A kali ini menampilkan tamu istimewa iaitu Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi, Mohamad Sabu mengenai prospek perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual pada 7 Julai.

Dalam verbatimnya Mohamad Sabu berkata, cita-cita menawan Putrajaya perlu dilebarkan kepada bukan sahaja parti politik dalam Pakatan Rakyat, malahan semua NGO dan individu, sama ada Islam mahu pun bukan Islam.

Antara koleksi rencana menarik yang ditulis aktivis veteran tempatan ialah S Mohammed Idris Presiden CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) dengan tajuk ‘Iklan Arak masuk sekolah, Menteri Pelajaran tutup mata?

Manakala, kolum klasik ‘Dari Brickfields’ kelolaan Hishamuddin Rais menduga minda pembaca dengan kupasannya yang tajam mengenai perhitungan politik dangaris ideologi dalam kepimpinan, bersempena Muktamar Pas yang berlangsung minggu ini.

Garapan kompilasi penulisan dalam Suara Keadilan 18 ini boleh didapati di toko buku atau kedai runcit berhampiran. Kepada mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam rakaman siri perjuangan rakyat, adalah digalakkan untuk melanggan terus akhbar ini dengan mengisi borang langganan di laman 28.

Tempahan akhbar tidak berkala Suara Keadilan juga boleh dilakukan dengan menghubungi kami di talian 03-2272 4045. Cepat sebelum dirampas KDN!- keadilan daily



Rabu, 11 Mei 2011

Ibu lahir anak dua kepala




BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular