Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.
Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.
Pengerusi DAP Karpal Singh pada awal bulan ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.
    
Gesaan itu bagaimanapun dibantah keras oleh NGO PERKASA berpendapat bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas pemberontakan yang dijalankan sebelum ini.