Rabu, 28 Oktober 2009

Kembar labah-labah


SEPASANG kembar siam wanita yang digelar ‘Adik Beradik Labah-Labah’ menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.

Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka ‘merayap’ seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.

Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.

Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat.

“Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan,” kata Ganga. – Agensi

From Kuala Dipang To S.U.K Perak..(Tragedi Oktober )



Mungkin Tajuk Utama pada Jumaat ini ?
Kedudukan Zambri masih ditangan Hakim Mahkamah Rayuan
Seorang Speaker yang memang sah Haram Ja***



Perebutan kerusi speaker yang pasti hangat dan panas

Mungkin kali ini G.Ganeson pula diusung ?
Kelompok ahli kerajaan Mahkamah
adakah adengan seperti ini akan berulang..?
kutuk mengutuk dan provokasi dari kedua pihak

Seekor katak dan seorang speaker haram ja**h



Gambar diatas bukanlah tragedi 28 Oktober esok, cuma kita mengimbau kembali tragedi yang mengemparkan negara sikit masa yang lalu. Tetapi awas tragedi ini mungkin akan berulang kembali dan akan ada lagi babak atau adengan 18sx yang terlampau untuk kita tonton didada akhbar, tv atau dalam blog di internet.

Tetapi bagi kita rakyak Malaysia dan Perak khususnya memohon doa agar tidak berlaku kejadian yang pelik dan tragis lagi esok dan berharap sidang dun ini dapat dijalankan secara aman dan juga kita berharap ada pengumuman yang baik dari Zambri iaitu BUBAR DUN....tetapi keberankalian untuk bubar DUN bagi aku 0.00%..tetapi andai kata kalau terjadinya pembubaran DUN juga , maka itulah saat yang aku dan seluruh rakyat perak dan penyokong Pakatan nantikan.

Apa apa pun itu cuma harapan besar rakyat Negeri perak untuk mendengar kalau-kalau ada pengumuman besar dari Mb Haram. Walau bagaimana pun Batuvskayu ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua wakil rakyat samada dari BN atau Pakatan Rakyat..semoga anda bersidanglah secara aman dan propesioanal..jangan jadi macam budak budak sudah lerr...

batuvskayu

Jumaat, 23 Oktober 2009

Solat dan lima jenis manusia



Solat dan lima jenis manusia | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAMSUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Khamis, 22 Oktober 2009

Gigit polis: Tian Chua hadapi hukuman penjara 6 bulan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. Demikian satu berita seperti dilapor oleh Mstar.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 untuk berbuat demikian.

Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

seni pengcungkil gigi

seni-pengcungkil-gigi

Stan Munro selepas menghabiskan masa enam tahun membina model mercu tanda terkenal dunia dengan menggunakan enam juta lidi pencungkil gigi

Rabu, 21 Oktober 2009

Lelaki Tatoo terbanyak


Setiap bahagian anggota badan Lucky Diamond Rich dipenuhi dengan tatu.

LUCKY Diamond Rich, ialah “lelaki yang memiliki paling banyak tatu di badannya”. Setiap bahagian anggota badannya dipenuhi dengan tatu.

Dilahirkan di New Zealand pada tahun 1971, Lucky memegang rekod dunia Guinness sebagai “lelaki yang memiliki paling banyak tatu di badannya” pada tahun 2006 apabila disahkan badannya dipenuhi tatu 100 peratus.

Rekod dunia itu dipegang oleh Tom Leppard sebelum ini. Lucky menghabiskan lebih 1,000 jam untuk bertatu. Ratusan artis tatu mencacah badannya dengan reka bentuk menarik.

Sejak kecil lagi, Lucky membaca mengenai tatu dan sering melayan fikirannya tentang lelaki atau perempuan yang memiliki tatu terbanyak.

Lucky memiliki tatu pertamanya di bahagian punggungnya.
99.9 peratus tubuh badan Tom Leppard dicacah dengan rekabentuk kulit harimau bintang. Leppard berasal dari Isle of Skye, Scotland.

Pada mulanya, dia mencacah hampir keseluruhan tubuh badannya dengan pelbagai koleksi reka bentuk yang berwarna-warni. Bagaimanapun dia tidak berpuas hati.

Lucky kemudian mentatu tubuh badannya 100 peratus dengan dakwat hitam. Ini termasuk kelopak mata, kulit halus antara jari kaki, dalam telinganya malah gusinya!

Selepas itu, dia mencacah reka bentuk putih di atas permukaan kulitnya yang berwarna hitam. Ini diikuti dengan reka bentuk berwarna-warni di atas warna putih.

Dari segi profesionnya, Lucky ialah artis persembahan. Aksi-aksi hebatnya termasuk ‘menelan pedang’, menunggang basikal beroda satu (unicycling) dan menjugel objek-objek.

Jangan terperanjat Lucky “penelan pedang” yang hebat. Dia bersama dengan Space Cowboy (atau nama sebenarnya Chayne Hultgren) memegang rekod sebagai lelaki pertama yang menelan dua pedang sambil digantung terbalik (suspended upside-down).

Selain itu, Lucky juga merupakan vokalis band ‘Primitive Ghost’. Lelaki bertatu terbanyak ini terkenal dengan nyanyian hebatnya untuk lagu ‘Skin’ pada tahun 1998.

Band ‘Primitive Ghost’ dianggotai Baby Lemonade (vokal), Michael Sheridan (gitar), FAB (percussion), Bryan St. James (programming) dan Ollie Olsen (programming).

Di laman webnya, Lucky Diamond Rich menjelaskan, ‘Luck.y’ bermaksud bernasib baik, ‘Dia.mond’ bermakna batu yang lutsinar dan tidak cacat terutamanya apabila dipotong dan digilap, dihargai sebagai batu permata.

Sementara, dia berkata, ‘Rich’ merujuk kepada kekayaan dari segi elemen dan kualiti, mempunyai kekayaan, dan dibekalkan secukupnya dengan sumber.-mstar

Ahad, 18 Oktober 2009

Black And White



OLINDA - Seorang wanita kulit hitam di Brazil, Rosemere Fernandes de Andrade mengejutkan ramai saintis selepas melahirkan tiga orang anak berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang profesor genetik dari Universiti Persekutuan Pernambuco, Valdir Balbino berkata, perkara itu jarang berlaku kerana ibu-bapa dan dua adik beradik mereka berkulit hitam. Menurutnya, peluang mendapat seorang anak albino adalah satu dalam empat hanya jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa gen albino.


Keluarga tersebut tinggal di sebuah setinggan di sini, timur laut Brazil. Tiga kanak-kanak itu kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah mereka. Pesakit albino tidak cukup pigmen melanin yang memberi warna gelap pada kulit, rambut dan mata serta melindungi badan daripada sinaran matahari "Saya bimbang mereka dijangkiti barah kulit kerana tiada wang membeli perlindungan yang mereka perlukan," kata ibu berusia 27 tahun itu.

Selain itu, dia pernah ditahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang menuduh dia cuba menculik tiga anaknya itu kerana perbezaan warna kulit. - Agensi

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular