Sabtu, 28 Januari 2012

Ust. Nasa buat laporan Polis

Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.

Ahad, 15 Januari 2012

Bangsat luu...Nak Menipu Pun Agak-agak la

Gambar yang disiarkan oleh mstar salah satu media haprak Umno
yang menyatakan sambutan "Hambar" pada Konvensyen PR ke 3
yang kemungkinan di ambil sebelum majlis di mulakan..inilah kerja
jahat media umno yg dianggap "Hampass" oleh rakyat masakini!

Inilah keadaan dan suasana sebenarnya beb...kalau nak
menipu dan nak jilat pungkok Umno pun,agak agak la bro..
Jgn kerana nak bodek pimpinan Umno Haprak lu orang sanggup
hilang integriti dan maruah diri..lantas jadi bahan maki rakyat!




Sabtu, 14 Januari 2012

Kelantan mahu hapus hutang PTPTN

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005

Khamis, 12 Januari 2012

Padahn Melukis Tatoo Pada kemaluan…Tak Boleh ‘Turun’!

Padah Melukis Tatoo Pada Zakar...Tak Boleh 'Turun'!


Takde kerja cari kerja! Mungkin itulah istilah paling tepat yang boleh penulis berikan pada seorang pemuda Iran berusia 21 tahun ini.

Dek kerana terlalu menyintai gadis pilihannya, dia bertindak melukis tatoo huruf ‘M’, pangkal nama awekknya itu di kepala zakarnya sendiri, pergh!

Tak cukup dengan itu, dia juga melukis tatoo dalam bahasa Parsi iaitu “borow be salaamat” atau bahasa Melayunya, selamat dalam pengembaraanmu, di zakar tersebut.

Yang menjadi masalahnya, tindakan itu menyebabkan zakarnya cedera hingga menyebabkan ia menegang dan tidak TURUN-TURUN!

Kisah ‘sedih’ pemuda berkenaan kini menjadi perhatian di seluruh dunia kerana ia dilaporkan dalam The Journal Of Sexual Medicine yang terkenal itu.

Menurut pakar perubatan, masalah itu terjadi kerana berlaku pendarahan dalam tisu zakar tersebut sewaktu proses tatoo itu dilakukan.

Penulis difahamkan yang pemuda berkenaan ada menjalani pembedahan bagi ‘membetulkan’ masalah itu namun ianya gagal – hanya turun separuh!

Gambar di atas adalah gambar zakar pemuda berkenaan, maaf, kami terpaksa ‘crop’ bahagian tertentu, kang tak pasal-pasal jadi gambar lucah pulak.

Ini untuk membuktikan bahawa kes itu benar-benar wujud dan untuk memberi pengajaran pada kita semua agar….JANGAN BUAT PERKARA TAK TENTU PASAL KAT ‘BENDA’ TU!

Dunia oh! dunia – Oleh(Mynewshub.my)

Anwar bebas, Umno pecah



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab,

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang.

mahathir ebook launching 091211 04

"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."

Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau dengan penuh kasih sayang satu ketika dahulu.

Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat “dibunuh” karier politiknya olehnya.

Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh, Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir.

Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada.

NONE
Apabila Mahathir berkata, “Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah” – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan.

Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama.

Glongan pro transformasi

Walaupun kecil dalam Umno, golongan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Kebanyakkannya, golongan ini adalah bekas penyokong Anwar sewaktu dalam Umno dahulu.

Golongan ini gembira dengan keputusan mahkamah dan selepas selesai kes liwat II ini, mereka mahu perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat naik ke tahap yang lebih matang iaitu ke tahap polisi.

student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedom
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah di antara yang tergolong dalam golongan ini. Keberanian beliau untuk berhadapan dengan politikus Pakatan dalam majlis-majlis debat sedikit sebanyak telah memenangi hati anak-anak muda dan pengundi atas pagar.

Akan tetapi di dalam parti Umno, golongan pro transformasi terlalu lemah dan jika transformasi politik itu bukan program Datuk Seri Najib Razak selaku presiden dan perdana menteri, sudah pasti golongan ini telah lama dikuburkan.

Sebab itu kita boleh lihat kurangnya komen-komen dari golongan pro transformasi mengenai keputusan mahkamah Isnin lalu.

Mungkin golongan ini mengambil sikap berhati-hati oleh kerana kini, umum tahu golongan “garis keras” dalam Umno yang dipayungi oleh Mahathir sedang marah.

Sokong parti kuat

Politik Melayu itu mudah. Sokongan diberikan kepada parti yang kuat. Arwah atuk penulis sendiri pernah berpesan, jika mahu menyertai politik, ikutlah parti yang kuat.

Keputusan mahkamah Isnin lalu telah memberikan satu kekuatan baru kepada Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memenangi hati majoriti pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar sekaligus menawan Putrajaya.

Bekas menteri Umno yang masih ahli parti tersebut, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir secara terang-terangan telah menunjukkan sokongannya terhadap Anwar.

Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan.

Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan Timbalan Presiden Amanah – di bawah pimpinan Ku Li.

Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak.

Apa yang bakal terjadi?

Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan.

Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahakamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau.
Sementara golongan “garis keras” yang berdiri dibelakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya.

Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pendalaman apabila Skandal NFC diketahui umum.

Rabu, 11 Januari 2012

Jika mahkamah wibawa, kes patut dibuang sejak dulu

KUALA LUMPUR 10 Jan: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berpendapat jika benar mahkamah mempunyai kewibawaan, kes terhadap Ketua Umum KEADILAN itu sepatutnya dibuang sejak lama dahulu, kata Timbalan Presiden AIC, Julailey Jemadi.

“Walaupun mahkamah membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar, AIC melihat ini bukanlah bermakna sistem kehakiman Malaysia sudah bebas sepenuhnya.

“Malah, AIC berpandangan sekiranya sistem kehakiman Malaysia mempunyai integriti yang tinggi, kes ini sewajarnya dibuang lama dahulu kerana kes yang dibawa pendakwa adalah kes yang rapuh dan tidak kredibel sama sekali,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Dalam masa yang sama, AIC berharap agar pihak berkuasa bertindak untuk mengekang sebarang bentuk fitnah yang disasar ke atas Datuk Seri Anwar, pada masa akan datang.

“Tidak perlu ada kompromi dalam hal ini, tanpa mengira sasaran, budaya fitnah harus dikekang dan dihentikan sepenuhnya,” tegas beliau.

Dalam pada itu katanya Tanggal 9 Januari harus menjadi satu permulaan baru untuk rakyat Malaysia, memperbaharui azam dan tekad untuk memastikan negara bebas dari rasuah, salahguna kuasa dan kepincangan sistem tadbirurus.

“Perubahan yang dituntut, melangkaui perbezaan agama, ideologi dan kaum: ianya untuk masa depan generasi muda Malaysia pastinya,” kata beliau.

Isnin, 9 Januari 2012

Pembebasan Anwar jadi berita antarabangsa

Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

NONEBadan penyiar CNNdan Al Jazeeramengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

NONEHarian United KingdomGuardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.

Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.

Ahad, 8 Januari 2012

Malaysia Terok - Ust Mutalib Maarof

Ganyang... kojol dan kuborkan UMNO dulu

Anak Ali, ngko dengar ni.... Siapa yang jadi PM bukan persoalannya sekarang. Persoalan penting yang kita fokus sekarang adalah ganyang, kojol dan kuburkan UMNO terlebih dulu. Selagi UMNO tak mampus, camne kita nak letak orang kita sebagai PM ??

Aaaaii.... takkan ler Dr yang ada Phd, tak boleh guna otak untuk pikir benda mudah macam tu. Kalau Dr bingai macam dia..... tak rugi PAS kehilangan dia. But, jangan pecat dia dulu, sebab itulah yang dia mahu. Biarkan dia hidup segan mati tak mahu dalam PAS sampai PRU13.

Tapi, kalau nak pecat dia daripada jawatan EXCO kerajaan PR Selangor.... amat dialu-alukan. PAS cuma perlu bagi greenlight jer. Bereh punya. OUT he goes!! After all, demer dalam barisan EXCO tu pun, dah tak semiak dan muak dengan gelagat tak mengasi, si anak Ali sorang tu.

Eleh.... takder Hassan Ali, orang tak kesah. Orang semua dah tahu yang dia ni sour grape' dan dah memang patut pun di-sidelined-kan oleh PAS. Wallahua'lam... mungkin sebab itu, dia kini dilihat seolah-olah dijadikan senjata oleh UMNO untuk attack PAS dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sudah menjadi semakin kuat, sebab tu... puak-puak UMNO jadi kecut perut.

So... forget about Hassan Ali. Fokus pada strategi nak mampus dan kuborkan UMNO terlebih dulu. Itu mesti menjadi prioriti kita. Hassan Ali itu mungkin diperkudakan untuk dijadikan distraction kepada usaha kita nak mampuskan UMNO.

Lantas, jika dia keluarkan kenyataan yang cuba 'cedera'kan kita.... hentam jer balik. Jangan kasi chance sama dia dah. Kasi hentam kaw-kaw. InsyaAllah... selepas PRU13 nanti, UMNO dengan Hasan-Hasan Ali akan terperap dalam kubor bersama-sama. Huh.... bertapa ler korang dalam lubang kobor tu!!

Apa.... dia ingat dengan menimbulkan isu siapa yang layak dipilih jadi PM Pakatan Rakyat, dia boleh porak-perandakan kesepakatan dan kerjasama kita. Sorry ler wak. Lu silap besor ler. Rakyat dah dapat menilai dan kenal pasti yang UMNO itu kaca dan Pakatan Rakyat itu permata. So... surely permata akan menjadi pilihan rakyat, insyaAllah.

Oleh demikian... ikutlah nasihat Presiden parti iaitu Tok Guru Haji Hadi iaitu.... 'Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM'.

M3M sokong dan setuju sesangat dengan saranan dan nasihat beliau. Allahuakbar!!

http://motherof3mohd.blogspot.com/

Khamis, 5 Januari 2012

Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain


Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi
yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan
kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, Ismail berkata polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah itu kerana dikhuatiri kedatangan mereka itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara dan mendatangkan ancaman kepada orang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar matang dan menghormati keputusan mahkamah dan sebarang tindakan yang menentang atau melawan keputusan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ismail berkata dalang-dalang perhimpunan itu kini dipantau dan polis sentiasa memantau keadaan terkini melalui laman siber dan media.

Beliau berkata pihak penganjur juga tidak sepatutnya menggunakan slogan 'Bebaskan Anwar' kerana ia seolah-olah membelakangkan mahkamah dan tidak menghormati sistem keadilan negara kerana keputusan belum dikeluarkan.

"Hormati keputusan mahkamah. Saluran rayuan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah dan bertindaklah dengan kematangan, bukan emosi seiring dengan amalan demokrasi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Sehingga hari ini, polis menerima 535 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara kerana membantah perhimpunan itu yang dirancang diadakan Isnin ini.

- Bernama

Selasa, 3 Januari 2012

Lajim Ukin mahu keluar Umno masuk Pas ?


KOTA KINABALU- Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada Umno BN.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.

“Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.

“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN,” ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Lahirul, sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.

-Harakahdaily
Lajim Ukin mahu keluar Umno?

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular