Rabu, 29 Februari 2012

Mufti Pahang: Mengundi itu wajib



KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Beliau berkata Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri.

"Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri.

"Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam," katanya.

Mengenai bai'ah, Abdul Rahman berkata ia merupakan satu pengakuan taat setia yang dibuat dan sekiranya seseorang itu melanggar perjanjian tersebut maka orang berkenaan kelak akan menerima balasan atau musibah.

"Pengakuan bai'ah juga tidak boleh timbul dalam bentuk paksaan dan sekiranya berlaku perjanjian yang berbentuk paksaan maka perjanjian taat setia atau bai'ah itu terbatal," katanya. - Bernama

Pas timbang formula selesai 'krisis Exco' esok

G MANIMARAN
29 Februari 2012

SHAH ALAM - Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan membentangkan beberapa formula penyelesaian pada mesyuarat khas jawatankuasa kerja Pas Pusat di ibu negara malam esok untuk mengatasi 'kemelut' kepimpinan Pas Kedah, perkembangan yang dilihat bakal menjadi ujian besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai Pas-PKR dan DAP, mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan memenangi pilihan raya umum lalu.

"Ya, saya ada formula, ya, boleh dikatakan sebagai formula, satu dua formula hasil kunjungan saya ke Kedah selama dua hari," kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, mesyuarat esok diadakan khusus bagi membincangkan kemelut yang melanda kepimpinan Pas Kedah melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin kanan parti itu peringkat negeri.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat esok akan dapat membantu menyelesaikan perkembangan di Kedah, Salahuddin memberitahu, "saya akan membentangkan hasil pertemuan saya dengan kepimpinan negeri. Terserah kepada mesyuarat esok untuk memutuskan langkah-langkah penyelesaian."

"Saya serah kepada mesyuarat penuh esok, kesemua ahli jawatankuasa akan hadir, terpulang kepada mereka membuat langkah-langkah yang perlu diambil," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini ketika ditanya sama ada formula itu termasuk meminta dua Exco Kerajaan Negeri yang telah menolak tawaran pelantikan bagi penggal 2012 mengkaji semula pendirian mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian yang disiarkan hari ini, Salahuddin menyifatkan pertemuan beliau dengan dua pemimpin Pas Kedah semalam membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Azizan dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi di rumah masing-masing.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kehadiran Salahuddin di Kedah bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah Pas Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam.

Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

adam adli visit penang 291211 penang umno youth chief shaikh hussein mydin
Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru0hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Pada kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

NONE
Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

penang himpunan hijau 2 260212 03
Dakwanya, Koh, yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.-malaysiakini

Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai


gilerrr


Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.


Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya. -hm

Sabtu, 11 Februari 2012

Akibat (love bite) boleh lumpuh

gambar hiasan

Seorang perempuan di New Zealand mengalami kelumpuhan di sebahagian tubuhnya akibat "gigitan mesra penuh gairah" (love bite) di leher dari pasangannya.. Demikian dilaporkan para doktor di New Zealand Medical Journal.

Menurut jurnal tersebut seperti dikutip AFP, perempuan berusia 44 tahun itu datang ke unit gkecemasan di Middlemore Hospital, Auckland, tahun lalu setelah lengan kirinya tidak boleh digerakkan ketika sedang menonton televisyen

Para doktor menyimpulkan, perempuan itu menderita stroke ringan. Namun, mereka bingung tentang penyebabnya sampai mereka kemudian menemukan memar vertikal kecil di lehernya, dekat arteri utama. Memar itu berasal dari gigitan mesra yang dia perolehi beberapa hari sebelumnya.

"Kerana itu love bite, pasti ada banyak hisapan," kata salah seorang doktor yang merawatnya, Teddy Wu, kepada Christchurch Press. "Akibat trauma fizik yang terjadi, ada sedikit memar di dalam pembuluh darah tersebut. Ada gumpalan darah di arteri di bawah gigitan itu."

Wu mengatakan, gumpalan itu , lalu bergerak ke jantung perempuan itu. Di sana, gumpalan itu membuat stroke ringan yang menyebabkan lengannya tidak boleh digerakkan. "Kami mencari contoh gigitan yang menyebabkan sesuatu seperti itu, tetapi belum pernah ada kes seperti itu," katanya.

Paramedis mengatakan, perempuan itu sembuh setelah diubati dengan ubat antipembekuan darah.-kompas online


Rabu, 8 Februari 2012

Rakyat Jeli kecewa Mustapa ‘bohongi’ fakta

M Faqih,
08 Feb 2012
KOTA BHARU, 8 Feb: Kewibawaan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini semakin terjejas apabila secara berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan ‘membohongi’ rakyat Kelantan.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak kerana pelantar minyak terletak di kawasan bertindih.

Namun tidak lama selepas itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Malah ketika berucap di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 Mustapa pernah mengakui turut terbabit menyekat peruntukan pusat kepada Kelantan.

Dan baru-baru ini pula mendakwa pinjaman RM600 juta bagi meningkatkan bekalan air diberi kepada Kelantan secara percuma tanpa perlu dibayar balik.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan mengapa Ketua Umno Jeli itu sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya.

“Kenyataan itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya hairan bagaimana sebagai Pengerusi Umno Kelantan tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak benar.

“Sebagai seorang menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah. Layakkah seorang pembohong ditabal sebagai pemimpin.

“Perlu ingat pinjaman RM600 juta yang diberi itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar,” katanya di sini.

Pada 5 Febuari lalu Mustapa dilapor mendakwa RM600 juta diberi kepada Kelantan bagi meningkat pengurusan bekalan air diberi secara percuma, namun masih gagal menyelesaikan masalah air.

Menurutnya duit sebanyak itu kalau dipinjam di bank akan dikenakan kadar faedah tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma.

Abdul Latif berkata, tindak tanduk Mustapa secara tidak langsung menjatuhkan imej Umno Kelantan yang bercita-cita mahu merampas negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu dalam perkembangan sama orang ramai di Jeli melahirkan rasa terkejut kenyataan anggota parlimen kawasan berkenaan yang secara terang-terangan disifatkan membohongi rakyat Kelantan.

Seorang penduduk memberitahu mereka tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit kerana cuba menipu rakyat Kelantan dengan fakta salah.

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular