Rabu, 26 September 2012

Bajet Pakatan




Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini.

Isnin, 10 September 2012

Rafizi mohon gugur tuduhan dedah akaun NFC



Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menggugurkan tuduhan mengikut Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya ekoran siri pendedahan melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).

Peguam N Surendran yang mewakili Rafizi berkata permohonan itu dibuat antara lain kerana "seluruh prosiding itu adalah penyalahgunaan kuasa pendakwa raya yang mahu memuaskan hati tuan politik mereka".

"Ia juga menentang polisi awam kerana apa yg dibuat Rafizi adalah mendedahkan salah guna dana rakyat," kata Surendran sewaktu bercakap kepada pemberita di luar mahkamah.


Menurutnya lagi, permohonan menggugurkan kes itu adalah mesej jelas dari mereka kepada perdana menteri agar tidak menyalahgunakan sistem perundangan untuk menekan pembangkang daripada mendedahkan salah laku kerajaan.

"Kita mahu buktikan yang mahkamah tidak akan membiarkan sistemnya disalahguna kerajaan untuk menindas personaliti dari pembangkang," katanya.


Mengulas lanjut mengenai permohonannya hari ini, Rafizi berkata, ia akan menjadi ujian ke atas peruntukan undang-undang dalam mendedahkan salah laku kerajaan.

"Kalau kita tak bawa ke peringkat lebih atas untuk digugurkan, sistem undang-undang kita akan digunakan untuk menghukum mereka yang mendedahkan salah laku kerajaan.

"Kesannya pada masyarakat, ia akan menakutkan pendedah maklumat pada masa akan datang," katanya.

Rafizi dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos lalu atas dakwaan mendedahkan empat akaun bank berkaitan NFC dan pengerusi syarikat tersebut, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.
Kes berkenaan sepatutnya disebut di di mahkamah berkenaan hari ini namun ditangguhkan ke 10 Oktober.
Hakim Aslam Zainuddin memutuskan demikian bagi memberi peluang kepada Mahkamah Tinggi untuk menimbang permohonan yang difailkan Rafizi hari ini.

Rafizi didakwa mendedahkan akaun kewangan berkenaan, di bawah Public Bank kepada dua wartawan, seorang daripadanya Erie Martin Carvalho dari The Star.

Beliau didakwa berbuat demikian di ibu pejabat PKR pada 7 Mac lalu.

Akaun berkenaan dikenalpasti sebagai akaun pelanggan NFC, Meatworks and Livestocks Sdn Bhd, Agroscience Sdn Bhd dan akaun Mohd Salleh sendiri.

Turut didakwa bersamanya adalah bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang didakwa bersubahat di bawah Seksyen 112(1)(c) akta sama.
Mereka berdepan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM3 juta jika sabit kesalahan.

umno kecewa

Tahniah kepada majlis syura pas.
Isu Nashasrudin Mat Isa tamat.media serta parti lawan yang naif isu akan kecewa.

Satu tindakan bijak moga isu ini selesai dan parti harus memokus kepada pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi.

Takbir

Jumaat, 7 September 2012

Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa


Ammar
Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian
[DIKEMAS KINI] BATU PAHAT - Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

Sabtu, 1 September 2012

Datuk gersang dicekup bersama janda





 Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bul




PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam. 

 Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda. Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

 Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui. Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid. 

 Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu. “Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya. Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.

Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu



Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu.

Naib presiden parti itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah di bandar tersebut.

"Petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah.

pkr election poll bus attacked in kelantan 2
"Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. 

"Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

"Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin berkata, bas berkenaan ditahan di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan selepas satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi ini di balai berkenaan.

Katanya lagi, serangan berkenaan bagaimanapun tidak akan menggugat kempen berkenaan yang akan diteruskan dengan jelajah ke Perak.

"Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa serangan berkenaan bukanlah insiden pertama yang melibatkan keselamatan Anwar mahupun pemimpin kanan lain parti itu.


'Seolah-olah galakan dari PM'

Katanya, Anwar sebelum ini juga diserang di Sembrong, manakala ceramah yang disertai MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga dicemari dengan insiden membaling batu.

Seterusnya, perkara tersebut sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai laporan polis dibuat.

"Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat.

"Ia seolah-olah satu galakan terus dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama PKR dan Pakatan Rakyat," katanya.

pkr election poll bus attacked in kelantan story
Sementara itu, Anwar berkata, serangan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu acara yang disusun dalam program berkenaan.

Beliau antara lainnya hari ini mengikuti satu program solat dan zikir di Salor, dan seterusnya ke kediaman menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk minum pagi.

"Serangan samseng tidak harus ganggu acara," katanya.

Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu.

Sebelum itu, Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengunjungi Bentong, Pahang dalam program yang disertai 300 orang.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah strategi, Rafizi Ramli.


Program bersama bas berkenaan semalam juga meliputi kawasan Kuala Lipis, Gua Musang dan Tanah Merah. 

Program berkenaan dirancang untuk meliputi lima negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan 20 acara rasmi di pelbagi lokasi.
 
Malaysiakini.com 

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular