Sabtu, 30 Mac 2013

Sabah diceroboh: Pengganas Mengaku Islam, tetapi tidak tahu mengucap


SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang  Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.


Jumaat, 8 Mac 2013

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.



Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. 

1. Tidur satu selimut bersama isteri 
2. Memakai wangi-wangian 
3. Mandi bersama isteri 
4. Menyikat rambut suami 
5. Membantu isteri di dapur 
6. Minum bergantian pada tempat yang sama 
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri 
9. Memanggil dengan kata-kata mesra 
10. Berjalan berpegangan tangan Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda. InsyaALLAH ♥

Isnin, 4 Mac 2013

Keadaan di Sabah terkawal, ATM tambah anggota




 
 
Tan Sri Datuk Zulkifeli Mohd Zin bersama Tan Sri Ismail Omar ketika mengadakan sidang media. Turut kelihatan Datuk Salleh Mat Rasid dan Datuk Hamza Taib. - Foto Bernama

LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal.

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.

"Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di Sabah setelah 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Ismail berkata, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.

"Kami sedang memikirkan aspek perundangan untuk ambil tindakan terhadap mereka (yang menyebarkan maklumat palsu)," katanya.

Beliau berkata polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bekerjasama erat bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah aman dan terkawal.

Sementara itu Zulkifeli berkata, pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.

"Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah," katanya. - Bernama

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular