Khamis, 29 November 2012

7 keistimewaan orang yang mati syahid

 


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bagi orang yang mati syahid ada 7 keistimewaan iaitu: 

 1-diampunkan dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar. 

 2-melihat tempatnya di dalam syurga 

 3-dilindungi dari azab kubur 

 4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar

 5-merasakan kemanisan iman, 

 6-dikahwinkan dengan bidadari, 

 7-dan diperkenankan utk memberi syafa’at bagi 70 orang kerabatnya” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad) Nota: Cuba like nok tengok berapa ramai yang sudi hendak mati Syahid ini ya.. Allhuakbar..

Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya





KUALA LUMPUR: Selepas membuat pelbagai pendedahan tentang hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara bersama beberapa media khasnya Harakahdaily berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya ditekan sebaik saja saya selesaikan wawancara saya semalam, khasnya wawancara saya dengan Harakah (daily), dan saya telah diminta meletakkan jawatan dari semua 26 syarikat," kata Deepak.


Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya di samping beberapa pihak lain.


Beliau bagaimanapun berkata, beliau akan terus membuat pendedahan kerana yakin Altantuya tidak mendapat keadilan sewajarnya.

"Kita semua tahu Altantuya tidak mendapat pembelaan. Kes ini tidak mampu untuk disenyapkan lagi," katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel lewat petang semalam.


Ke mahkamah

Dalam pada itu, Deepak akan ke mahkamah pagi ini dalam kes saman yang difailkan oleh syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd ke atas seorang pemimpin Wanita Umno.

Kes tersebut berhubung pembelian 3 petak tanah di Bukit Raja, Selangor yang tidak diselesaikan prosesnya walaupun bayaran tertentu telah dibuat.

"Saya sendiri yang akan memabawa semua dokumen ke mahkamah kerana saya percaya mahkamah kita adil kecuali jika ada campur tangan politik," kata beliau pada sidang media itu.

Kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, jam sembilan pagi ini.

Tanah seluas 233 ekar yang dijual kerajaan kepada pemimpin Wanita Umno itu harga RM72 juta itu, kemudiannya dijual semula olehnya kepada syarikat milik Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM120 juta.

Pemimpin Wanita Umno itu kemudiannya menjual tanah itu (atau sebahagian daripadanya) kepada sebuah syarikat lain pula, Guppyunip Sdn Bhd dengan harga melebihi RM150 juta.

Justeru, Deepak mencabar pemimpin Wanita Umno itu untuk hadir di mahkamah bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

"Jika dia tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya, beliau tidak perlu menunggu untuk disapina. Datang ke mahkamah esok jika dia berani," kata Deepak.


harakahdaily.com 

Rabu, 21 November 2012

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Sumber

Isnin, 19 November 2012

S'gor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN



Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.


Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi "hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin".

Jangka siap dua setengah tahun


Satu siaran di laman Kementerian Kerja Raya menyebut, projek tersebut dirasmikan menteri besar pada masa itu, Mohamad Khir Toyo dan juga menteri kerja raya Dato Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya pada 4 Mac 2008 di Klang.

Laman tersebut menyatakan, projek melibatkan kos RM230 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua setengah tahun.

Ia meliputi pembinaan jalan baru sepanjang 2.5km, jambatan baru merentasi Sungai Klang sepanjang 0.5km dan naiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.3km.

Antara lainnya, ia bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada – Jambatan Kota dan Jambatan Musaedin – serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, menurut kementerian itu lagi.


Khalid hari ini membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2013 dengan anggaran hasil dan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion dengan tema "Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia".

Jelasnya, tahun 2013 adalah tahun kelima Selangor membentangkan belanjawan berimbang.

Menurutnya, Selangor menjangkakan membelanjakan wang dari hasil cukai sebanyak RM584 juta (35.86 peratus hasil negeri), RM859.8 juta dari hasil bukan cukai (52.75 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM185.7 juta (11.4 peratus).

Wang tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus sebanyak RM996.9 juta (61 peratus) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM663 juta (39 peratus).

Mesut Ozil pemain Real Madrid menangis kenapa?

 


Serangan tentera Israel yang membabi buta menyebabkan ramai rakyat Gaza tidak bersalah terbunuh. Serangan peluru berpandu Zionis ditujukan terus keatas kanak-kanak dan kaum perempuan bukan cerita rekaan. 

Sebagai bukti, ramai yang terkorban terdiri dari kalangan kanak-kanak,wanita dan warga tua. Keadaan itu menyebabkan kesedihan dari banyak pihak, tidak terkecuali Mesut Ozil. Pemain Real Madrid itu sangat sedih dengan kematian kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di jalanan. Entah mengapa, ketika asyik bermain jet pejuang tentera Yahudi jatuh dan mengorbankan kanak-kanak itu.

 Yang membuat Mesut Ozil sedih adalah mangsa itu sedang mengenakan jersi Ozil bernombor 23. Meskipun nombor rasmi Ozil di Madrid adalah 10, namun gambar itu mampu menggetarkan hatinya. Ozil memuat turun gambar itu melalui akaun instagram miliknya, officialmesutozil10. 

 Dalam gambar itu kelihatan jenazah kanak-kanak itu ditangisi rakannya. Dengan mengenakan serban, dia tidak sempat menutup kedua-dua matanya dan mulutnya yang masih menganga. Kelihatan darah dan sebahagian jersi Madrid yang dikenakan mangsa terbakar. 

"RIP (Rest in peace) to all the innocent victims, ï'm praying for you. # Freegaza # FreePalestine (Beristirehat dalam kedamaian pada semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan untuk anda. Bebaskan Jalur Gaza. Bebaskan Palestin, "kata Ozil.-

Detik islam blogspot

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular