Selasa, 31 Ogos 2010

Nenek buta pancing ikan keli gergasi


GAMBAR yang disiarkan di akhbar daily Telegraph menunjukkan Penfold bergambar dengan ikan keli yang ditangkapnya.

BARCELONA – Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.

Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.

Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.

Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. – Agensi

Rabu, 18 Ogos 2010

5 kurnia untuk umat akhir zaman ketika Ramadhan


Mafhum hadis nabi S.A.W lebih kurang bunyinya, ada 5 kurnia daripada Allah S.W.T kepada umat ini yang berpuasa yang belum pernah dikurniakan kepada mana-mana umat sebelum ini.

  1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih disukai oleh Allah berbanding bau kasturi.
  2. Setiap hari syurga dihiaskan oleh Allah untuk orang yang berpuasa.
  3. Ikan-ikan di lautan mendoakan orang-orang yang berpuasa.
  4. Dirantai syaitan-syaitan yang sangat jahat daripada mengganggu orang yang berpuasa.
  5. Diberi keampunan oleh Allah kepada orang yang berpuasa pada malam terakhir mereka berpuasa.

Para sahabat bertanya, adakah malam tersebut Lailatul Qadar. Baginda menjawab, mafhumnya, tidak namun seorang pekerja akan dibayar upahnya apabila telah menyelesaikan kerjanya.

Tahukah anda cili yang paling pedas di dunia?

Cili atau nama panggilan lainnya “cabai” adalah antara bahan masakan dan makanan yang wajib bagi sesetengah orang. Masakan famous seperti sambal belacan, masak cabai, sambal ikan bilis, kesemuanya menggunakan cili.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia manusia menggunakan cili di dalam diet harian mereka. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana rasa unik cili yang memberikan rasa pedas yang menyengat.

Oleh kerana banyak jenis cili di dunia ini, maka ianya digunakan dalam makanan dan masakan yang berbeza. Di Malaysia misalnya ada banyak jenis cili. Ada jenis Kulai Tempatan, Kulai Kerinting, Kulai King, Kulai Kering, Cilibangi dan lain-lain. Cili kering dan cili padi juga termasuk di dalam kategori cili.

Habis tu, di antara kesemua jenis cili di dunia ini, cili mana yang paling pedas? Apa yang menunjukkan cili itu lebih pedas daripada cili lain? Sebelum ini, aku juga tidak pernah memikirkan tentang perkara ini.

Bagi aku secara generalnya, kalau nak memastikan cili mana lebih pedas, kena lah try makan sendiri baru tahu. Sebab tu lah orang tua-tua tahu mana cili pedas dan mana cili kurang pedas sebab diorang dah rasa kesemuanya.

Baru hari ini aku tahu bahawa unit untuk mengukur kepedasan dipanggil Scoville Heat Unit (SHU). Macam Jack Scofield pulak. Unit Scoville ini ditentukan dengan cara menilai kandungan kompaun kimia yang terkandung di dalam sesuatu jenis cili itu, iaitu Capsaicin. Cili yang berbeza mengandungi kandungan Capsaicin yang berbeza.

Capsaicin inilah yang dengan izin Allah, akan menghasilkan tindakbalas terhadap reseptor kimia saraf di kulit terutamanya membran mukus. Sebab tu bila kita makan cabai kita akan rasa macam panas sikit pada mulut dan hidung mula berair.

Bhut JolokiaJadi cili mana yang paling pedas? Tahukah anda bahawa cili yang paling pedas di dunia bukanlah cili padi yang orang tua-tua panggil cili burung tu, tetapi Bhut Jolokia (Cili Hantu) yang terdapat di Bangladesh dan di kawasan Timur Laut India. Patutlah orang bangladesh minat makan cili padi. Rupa-rupanya cili hantu ada di sana.

Bacaan mencecah 1,000,000 Scoville cili hantu ini amat memeranjatkan. Aku sendiri tak dapat nak bayangkan betapa pedasnya cili ini, walaupun saiznya tak lah seperti cili padi. Kepedasan tahap dewa cili ini menyebabkan kerajaan India sendiri merancang untuk menggunakannya dalam penghasilan bom pemedih mata di dalam peperangan!

Sekarang jom kita tengok bacaan maksimum Scoville bagi beberapa jenis cili.

  • Pepper Spray (Penyembur Lada untuk keselamatan biasanya untuk wanita) – 5,000,000 Scoville.
  • Bhut Jolokia (Cili Hantu) – 1,000,000 Scoville.
  • Red Savina Habanero – 580,000 Scoville.
  • Guntur Chilli – 350,000 Scoville.
  • Bird’s eye chili/Thai Pepper/Indian Pepper (Cili Burung lah kot…) – 100,000 Scoville.
  • Ají pepper, Tabasco pepper, Cumari pepper (Capsicum Chinese) – 50,000 Scoville.
  • Serrano Pepper – 23,000 Scoville.
  • Jalapeño Pepper, Paprika – 8,000 Scoville.

Ahad, 8 Ogos 2010

Kah Kah Kah Bodek tak bertempat Lawak 1 Malaysia

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus

Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular