Rabu, 18 Ogos 2010

Tahukah anda cili yang paling pedas di dunia?

Cili atau nama panggilan lainnya “cabai” adalah antara bahan masakan dan makanan yang wajib bagi sesetengah orang. Masakan famous seperti sambal belacan, masak cabai, sambal ikan bilis, kesemuanya menggunakan cili.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia manusia menggunakan cili di dalam diet harian mereka. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana rasa unik cili yang memberikan rasa pedas yang menyengat.

Oleh kerana banyak jenis cili di dunia ini, maka ianya digunakan dalam makanan dan masakan yang berbeza. Di Malaysia misalnya ada banyak jenis cili. Ada jenis Kulai Tempatan, Kulai Kerinting, Kulai King, Kulai Kering, Cilibangi dan lain-lain. Cili kering dan cili padi juga termasuk di dalam kategori cili.

Habis tu, di antara kesemua jenis cili di dunia ini, cili mana yang paling pedas? Apa yang menunjukkan cili itu lebih pedas daripada cili lain? Sebelum ini, aku juga tidak pernah memikirkan tentang perkara ini.

Bagi aku secara generalnya, kalau nak memastikan cili mana lebih pedas, kena lah try makan sendiri baru tahu. Sebab tu lah orang tua-tua tahu mana cili pedas dan mana cili kurang pedas sebab diorang dah rasa kesemuanya.

Baru hari ini aku tahu bahawa unit untuk mengukur kepedasan dipanggil Scoville Heat Unit (SHU). Macam Jack Scofield pulak. Unit Scoville ini ditentukan dengan cara menilai kandungan kompaun kimia yang terkandung di dalam sesuatu jenis cili itu, iaitu Capsaicin. Cili yang berbeza mengandungi kandungan Capsaicin yang berbeza.

Capsaicin inilah yang dengan izin Allah, akan menghasilkan tindakbalas terhadap reseptor kimia saraf di kulit terutamanya membran mukus. Sebab tu bila kita makan cabai kita akan rasa macam panas sikit pada mulut dan hidung mula berair.

Bhut JolokiaJadi cili mana yang paling pedas? Tahukah anda bahawa cili yang paling pedas di dunia bukanlah cili padi yang orang tua-tua panggil cili burung tu, tetapi Bhut Jolokia (Cili Hantu) yang terdapat di Bangladesh dan di kawasan Timur Laut India. Patutlah orang bangladesh minat makan cili padi. Rupa-rupanya cili hantu ada di sana.

Bacaan mencecah 1,000,000 Scoville cili hantu ini amat memeranjatkan. Aku sendiri tak dapat nak bayangkan betapa pedasnya cili ini, walaupun saiznya tak lah seperti cili padi. Kepedasan tahap dewa cili ini menyebabkan kerajaan India sendiri merancang untuk menggunakannya dalam penghasilan bom pemedih mata di dalam peperangan!

Sekarang jom kita tengok bacaan maksimum Scoville bagi beberapa jenis cili.

  • Pepper Spray (Penyembur Lada untuk keselamatan biasanya untuk wanita) – 5,000,000 Scoville.
  • Bhut Jolokia (Cili Hantu) – 1,000,000 Scoville.
  • Red Savina Habanero – 580,000 Scoville.
  • Guntur Chilli – 350,000 Scoville.
  • Bird’s eye chili/Thai Pepper/Indian Pepper (Cili Burung lah kot…) – 100,000 Scoville.
  • Ají pepper, Tabasco pepper, Cumari pepper (Capsicum Chinese) – 50,000 Scoville.
  • Serrano Pepper – 23,000 Scoville.
  • Jalapeño Pepper, Paprika – 8,000 Scoville.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular