Mafhum hadis nabi S.A.W lebih kurang bunyinya, ada 5 kurnia daripada Allah S.W.T kepada umat ini yang berpuasa yang belum pernah dikurniakan kepada mana-mana umat sebelum ini.
- Bau busuk mulut orang berpuasa lebih disukai oleh Allah berbanding bau kasturi.
- Setiap hari syurga dihiaskan oleh Allah untuk orang yang berpuasa.
- Ikan-ikan di lautan mendoakan orang-orang yang berpuasa.
- Dirantai syaitan-syaitan yang sangat jahat daripada mengganggu orang yang berpuasa.
- Diberi keampunan oleh Allah kepada orang yang berpuasa pada malam terakhir mereka berpuasa.
Para sahabat bertanya, adakah malam tersebut Lailatul Qadar. Baginda menjawab, mafhumnya, tidak namun seorang pekerja akan dibayar upahnya apabila telah menyelesaikan kerjanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan