Rabu, 28 Oktober 2009

Kembar labah-labah


SEPASANG kembar siam wanita yang digelar ‘Adik Beradik Labah-Labah’ menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.

Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka ‘merayap’ seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.

Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.

Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat.

“Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan,” kata Ganga. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular