Sabtu, 25 Julai 2009

BILA KENA MACAM TU… BOLEHKAH AKU JAWAB MACAM NI?

Bila disuruh solat
Kejap lagi ye…. Eh… alamak dah habis waktu.. boleh buat jama’ tak?

Bila Allah suruh pergi haji
I sebok la…. Lagipun tahun ni I dah rancang nak pi Perancis… tahun depan pi Mexico. Tak lari punya Kaabah tu… nanti I pi la.

Bila Allah suruh puasa
I ada penyakit ….. kalau puasa perut I sakit nanti macamana? Kan ke dalam Islam tu jaga nyawa lagi penting….

Bila Allah suruh tutup aurat..
Ala…. Iman kat hati… bukan kat pakaian… yang penting I tak hipokrit…. Orang yang tutup aurat pun bukannya baik sangat.

Bila Allah suruh laksanakan hukumNya..
Kita tak boleh ekstrem sangat. Nak dakwah biar berhikmah…. Hukum Allah tu keras sangat.. nanti orang kafir takut.

Bila Allah larang main judi…
Tak pa… sekali sekala…. nanti kalau kena aku pi la mekah… buat masjid.. derma kat anak yatim.

Bila Allah larang kerja maksiat…
Inilah rezeki kami…. Dah tak dak kerja lain dah yang kami boleh buat. Kami pun ada anak… kalau tak kerja macam ni anak kami nak makan apa…

Bila kena tangkap khalwat….
Eh Encik…. Dia ni tunang saya… minggu depan kami nikah... takkan salah kot. Lagipun kami bukan buat apa-apa… saya tumpang buang air je kat dalam bilik hotel ni…

Bila tak keje… dok kat rumah je.
Aku bukan tak mau kerja…. Kalau aku kerja… sapa nak bagi makan kucing kat rumah.. sapa nak siram pokok kelapa, pokok pisang dan pokok sena kat depan rumah aku.

Bila tak sembahyang subuh….
La… tak sedaq… tengok-tengok dah pukul 8. Malam tadi tidoq lambat…. Pi dengaq ceramah agama.

*Manusia ni memang banyak alasannya. Alasan selalunya akan membawa kepada perkara-perkara yang lebih negatif seperti ditambah sifat lupa… ditambah sifat malas.. sifat leka dan sebagainya. Sebab tu kalau ada suruhan… jangan bagi alasan…. Tapi carilah jalan untuk melaksanakannya walaupun sebelum ini kita mengingkarinya.

*Kandungan artikel ini tidak berniat untuk menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membacanya. Sekadar muhasabah diri untuk kebaikan kita bersama. Wallahu'alam...

1 ulasan:

  1. pergh... besonya sebarau.. jom la bro kita mancing...

    BalasPadam

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular