Sabtu, 8 Mei 2010

‘Maaf polis Gua, tersilap sapu’


SHAH ALAM, 8 Mei — Kereta rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri kelmarin di Seksyen 9 di sini ditemui semula di Prima Damansara, Petaling Jaya pagi ini.

Kereta itu ditemui bersama sekeping nota yang berbunyi “sorry PDRM tersilap sapu”.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin mengesahkan bahawa kereta itu ditemui oleh peronda polis Petaling Jaya pada pukul 8 pagi.

Dipetik Bernama, Nor Azam berkata kereta kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah.

Menurutnya, kereta itu akan dibawa kembali ke Shah Alam nanti.

Kereta Perdana V6 berwarna hitam kegunaan Khalid itu dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H Seksyen 9 pada pukul 8.15 pagi ketika anggota polis yang bertugas memandu kereta itu sedang bersarapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular