Soalan
ISTERI saya melakukan urutan di bahagian kemaluan saya. Bagaimanapun, mungkin urutan dibuat terlalu kuat hingga menyebabkan kemaluan saya kini membengkak.
Kini saya gelisah memikirkan keadaan ini. Bengkak itu menyukarkan saya membuang air kecil dan kemaluan saya kelihatan bengkok sedikit. Apa harus saya lakukan?
RIN
Kuala Selangor, Selangor
Alat sulit lelaki dan wanita mengandungi tisu pengembang selain tisu lembut, urat saraf dan banyak saluran darah. Dalam keadaan terangsang, ia kelihatan membesar, kembang, gebu dan sensitif.
Keadaan menjadi lebih ketara apabila anggota itu sangat terangsang atau radang, maka kelihatan lebih besar, bengkak dan tentu menyakitkan.
Apabila radang itu lega, tisu yang kembang akan kembali kepada keadaan asal dan kesakitan akan hilang.
Cara yang baik untuk melegakan bengkak alat sulit itu ialah dengan meletakkan air sejuk atau pek ais perlahan-lahan.
Melihat kepada maklumat diberi, anda tidak berdepan kecederaan teruk. Jika berlaku kecederaan teruk, tentu akan menyakitkan bahagian itu, misalnya kecederaan patah dan zakar kelihatan bengkok.
Bahagian yang bengkok itu tentu akan terasa keras dan menyakitkan. Jika tiada tisu keras, itu bermakna tiada kecederaan patah. Namun jika anda masih was-was, elok jumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan