Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS mungkin tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap tidak ikhlas kerajaan yang semakin jelas, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub (gambar). Sebaliknya PAS, akan terus berpegang kepada pendirian supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya. "Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno. Menurut Perdana Menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya itu. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin. Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
Sabtu, 20 Ogos 2011
PAS mungkin tidak sertai JK Khas Parlimen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengikut
ARTIKEL SEBELUM INI
Catatan Popular
-
Wanita kuat seks, teknik-teknik menambah nafsu isteri, ciri-ciri isteri puas seks. Satu perkara yang perlu difahami bahawa Hormon Testostero...
-
KUALA LUMPUR: Berita utama edisi ke 18 Suara Keadilan (SK) tampil dengan kenyataan peguam Sankara Nair, bahawa pihaknya akan memanggilPerd...
-
lihat wajah Rozita Che Wan yang berusia 19 tahun ni. Benar-benar tidak sama dengan yang sekarang, biasalah satu evolusi peringat usia. G...
-
Tragis, memang tragis. Lucu pun ada. Walau setiap hari sudah biasa bermain dengan ular yang menemani wanita ini dalam setiap pertunjuk...
-
Ana Catarina Bezerra Silvares , s eorang janda beranak 3 dibenarkan melancap selama 15 minit setiap dua jam dalam waktu pejabat. Janda ber...
-
Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat j...
-
Sebuah syarikat di China baru-baru ini mengupah tiga wanita muda untuk berbogel bagi mempromosikan produk gel mandian berbentuk semburan. De...
-
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 12:07PM Sep 16 2013 Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buan...
-
SINGAPURA – Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks d...
-
LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan