Sabtu, 24 Disember 2011

Doktor ditumbuk ketika menjalankan pemeriksaan pada kemaluan persakit .




Sumber: Daily Mail

SEORANG lelaki menerima hukuman penjara kerana menumbuk seorang jururawat yang cuba membuka burqa isterinya semasa isterinya bersalin di Perancis.

Nassim Mimoune, 24, terpaksa diusir keluar dari bilik bersalin apabila mengherdik kasar doktor perbidanan dan memanggilnya 'perogol' ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan pada kemaluan isterinya .

Dia kemudiannya melihat melalui tingkap dan mendapati seorang jururawat cuba membuka pakaian purdah isterinya kerana wanita itu telah sampai tempoh melahirkan anak.

Lelaki itu memecahkan pintu yang dikunci dan memukul jururawat itu di mukadan menuntutnya menggantikan purdah itu sepenuhnya.

Selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki, Mimoune diusir dari bangunan itu oleh pengawal keselamatan dari hospital di Marseille dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis kerana menyerang jururawat itu.

Seorang hakim di selatan Perancis mengarahkan Mimoune di penjarakan selamaenam bulan pada bermula Rabu lalu dan memberitahunya bahawa nilai-nilai agama tidak boleh melawan undang-undang republik itu.

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular