Rabu, 30 Jun 2010

Jawapan kepada teknologi terkini


Rekaan serta teknologi Lenovo kini lebih menarik dan canggih.


Lebih ringan dan bergaya antara tarikan terbaru terhadap produk Lenovo terkini iaitu Thinkpad X201 dan tablet pintar Thinkpad 201.

Hanya seringan 3.52 paun dan berkuasa sehingga melebihi tiga gigahertz ia dicipta sebagai komputer riba yang teringan dengan mempunyai kuasa yang luar biasa.

Tidak seperti komputer riba saingannya, Thinkpad 201 pastinya mudah dibawa ke mana-mana di samping kuasanya yang menakjubkan.

Menurut Pengurus Negeri Lenovo, Khoo Hung Chuan, Thinkpad 201 dilengkapi teknologi pengkomputeran yang terkini dan memiliki ciri-ciri komputer Lenovo yang mudah dan menarik.

"Kami sentiasa memastikan penciptaan serta inovasi yang terbaru terhadap komputer kami untuk kepuasan sebenar pengguna.

"Oleh itu, kini kami mempersembahkan Thinkpad 201 sebagai produk komputer riba terbaik kami," ujarnya.

Seterusnya tablet pintar Thinkpad 201, untuk tujuan perniagaan yang lebih mudah dan ringkas.

Memiliki skrin sesentuh selebar 12.1 inci pelbagai guna ia turut dilengkapi perkakasan Interface dan aplikasi Lenovo Simple Tap Navigation.

Selain itu tablet pintar tersebut dijana oleh Microsoft Windows 7 sebagai sistem operasi dan mempunyai kepelbagaian kegunaan melalui perisian Flash dan Java.

Bagi menjamin kepuasan menonton, skrinnya boleh digerakkan sehingga 185 darjah dan memiliki ruangan pandangan yang lebar.

Ia juga dilengkapi dengan alatan untuk tujuan keselamatan seperti pengesan cap jari, teknologi anti-pencuri dan cakera keras yang boleh merekod dengan sendirinya (self-encrypting).

Antara kelebihan multimedia, terdapat mikrofon yang boleh membatalkan bunyi bising, pembesar suara stereo, kamera 2.0 megapiksel dan 54 milimeter kad Express bagi slot pembaca kad.

Seterusnya pengguna boleh melayari Internet melalui WiFi, 3G, WiMax, penyambung Internet Gigabit, dan Bluetooth.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ARTIKEL SEBELUM INI

Catatan Popular